Pergaduhan Pemain Cemari Aksi Zhejiang Dan Buriram
ACL
FourFive Wonton
Advertisements

Saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) dicemari dengan insiden pergaduhan membabitkan pemain dan staf Zhejiang FC dan Buriram United semalam.

Pergaduhan kedua-dua pasukan ini tercetus selepas tamat perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan itu.

Akaun X FourFive Wonton percaya insiden pergaduhan ini tercetus gara-gara perang mulut yang tercetus antara pemain kedua-dua pasukan di tengah padang.

Advertisements

Pandangan ini dibuat selepas ditanya oleh seorang pengguna X tentang punca sebenar pergaduhan.

Beberapa pemain cuba meleraikan pemain-pemain yang bertelagah termasuk kapten Thailand, Theerathon Bunmathan dan bek tengah Harimau Malaya, Dion Cools.

Insiden pergaduhan ini hanya dapat dihentikan selepas pihak keselamatan masuk ke padang untuk meleraikan pemain dan staf pasukan yang bergaduh.

Advertisements

Yang pasti, insiden ini bakal dibawa ke Jawatankuasa Disiplin Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan kedua-dua pasukan berpotensi dikenakan hukuman berat.

Ini akan menambah lagi permasalahan Zhejiang yang turut dibelenggu dengan masalah kewangan yang serius.

Perlawanan kelima Kumpulan H itu menyaksikan Buriram tunduk 3-2 kepada tuan rumah semalam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram