Advertising
AFC ‘Hukum’ Sanfrecce Hiroshima
MakanBola
Sanfrecce Hiroshima

Kelab Jepun, Sanfrecce Hiroshima dikenakan hukuman oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Ini selepas kelab J1 League itu bertindak menurunkan pemain yang tidak layak dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) menentang Lion City Sailors (LCS).

Ad

Tindakan Sanfrecce menurunkan tonggak import baru, Valere Germain dalam aksi berkenaan membawa padah.

Ad

Ini kerana penyerang Perancis itu perlu menjalani penggantungan tiga perlawanan. Ini susulan beliau terlibat dalam pergaduhan membabitkan pemain Macarthur FC dan Central Coast Mariners dalam aksi final Zon ASEAN Piala AFC 2023/24.

Meskipun Germain tidak dikenakan kad merah, beliau dikenakan penggantungan tiga perlawanan oleh Jawatankuasa Disiplin AFC.

Ad

Selepas menyertai Sanfrecce sebagai ejen bebas, penyerang berusia 34 tahun itu masih perlu menjalani penggantungan bermula dengan aksi menentang LCS.

Ad

Susulan itu, AFC memaklumkan kemenangan 6-1 yang diraih kelab Jepun itu dibatalkan. AFC turut menganugerahkan kemenangan 3-0 buat LCS.

Ad

Selain itu, Sanfrecce turut dikenakan denda AS$1,000 (RM4,400) dan tidak akan menerima bayaran AS$80,000 (RM353,000) untuk aksi pusingan 16.

Sanfrecce dalam satu kenyataan memohon maaf kepada penyokong atas apa yang berlaku. Kelab Jepun itu turut bersedia bekerjasama dengan AFC bagi mengelakkan isu sama berulang.

“Kami memohon maaf atas kebimbangan dan kesulitan yang besar yang berlaku kerana membenarkan penggantungan penyertaan kerana pengesahan yang tidak mencukupi mengenai kejadian ini.

“Untuk mengelakkan situasi seperti itu berlaku di masa depan, kami akan berusaha untuk mencegah perkara ini daripada berulang dan bekerjasama dengan pihak yang berkaitan,” kata kelab dalam satu kenyataan.

LCS bakal berdepan Sanfrecce di Stadium Jalan Besar pada 12 Mac ini untuk menentukan siapa bakal mara ke peringkat suku akhir.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments