AFC U-23 Asian Cup: Arab Saudi Berpesta Gol Aibkan Thailand
Asia
Saudi Arabia
Advertisements

Saingan Piala Asia bawah 23 tahun malam ini menyaksikan pertembungan diantara Arab Saudi dan Thailand yang berakhir dengan keputusan 5-0.

Masing-masing turun dalam misi memburu kemenangan yang kedua bagi peringkat kumpulan C untuk mengesahkan slot ke suku akhir. 

Arab Saudi membuka jaringan seawal minit ke-4 permainan menerusi Aymen Ahmad selepas mudah menguis bola hantaran lintang daripada rakan sepasukan, Haitham Muhammad Asiri. 

Advertisements

Thailand terus diasak sehingga pemain pertahanan tengah, Chonnapat Buaphan dilayangkan kat kuning pada minit ke-15 permainan.

Pada minit ke-45 permainan, Ahmed Al-Ghamdi menggandakan jaringan kedua buat Arab Saudi dengan rembatan deras menewaskan penjaga gol Thailand, Sopanwit Rakyart. 

Arab Saudi terus menambah derita Thailand, Abdullah Radif menghadiahkan jaringan ketiga pasukan selepas kesilapan daripada pertahanan skuad Gajah Perang.

Advertisements

Separuh masa pertama: Thailand 0-3 Arab Saudi.

Thailand serba tidak menjadi, Abdullah Radif sekali lagi menjaringkan gol buat Arab Saudi pada minit ke-52 permainan. 

Arab Saudi menghukum Thailand lagi, pada minit ke-73 permainan, Abdullah Radif melengkapkan hatrik peribadinya apabila meledak gol kelima pasukan.

Advertisements

Arab Saudi mengesahkan slot ke suku akhir Piala Asia B-23 sementara Thailand wajib memenangi perlawanan berikutnya untuk layak ke peringkat seterusnya.

Ketika ini, Arab Saudi berada di tangga teratas kumpulan C mengumpul 6 mata, diikuti dengan Thailand dengan 3 mata, Iraq dan Tajikistan.

Selepas ini, Skuad Gajah Perang bakal bertemu Tajikistan sementara Arab Saudi bertemu Iraq pada 22 April ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram