AFC U-23 Asian Cup: Penalti Pelik Iraq Pastikan Vietnam Tersungkur
Asia
AFC
Advertisements

Iraq berjaya menempah tempat ke pusingan separuh akhir Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) Qatar selepas berjaya menewaskan Vietnam pada aksi suku akhir awal pagi tadi.

Kedua-dua pasukan telah menurunkan kesebelasan terbaik dengan Vietnam memulakan perlawanan menggunakan formasi 3-4-3 manakala Iraq pula menerapkan formasi 4-2-3-1.

Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan lebih berhati-hati namun penguasaan bola lebih memihak kepada Iraq yang kelihatan begitu selesa dengan variasi hantaran tepat.

Advertisements

Iraq terlebih dahulu mendapat peluang terbaik menjaringkan gol pada minit ke-21 melalui tandukan Hussein Amer Ojaimi namun tandukannya hanya singgah di palang gol.

Ali Almolsawe juga berpeluang meledak pada masa kecederaan separuh masa pertama melalui rembatan deras dari luar kotak penalti namun sedikit tersasar.

Advertisements

Kedua-dua pasukan akhirnya menamatkan aksi separuh masa pertama dengan kedudukan terikat tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, Iraq meneruskan momentum serangan ke atas kubu Vietnam yang sama sekali memaksa pemain Vietnam lebih bertahan.

Advertisements

Pada minit ke-62, Iraq dihadiahkan satu sepakan penalti yang dianggap kontroversi selepas Nihad Mohammad Owaid dikasari melalui sentuhan lemah penjaga gol Vietnam.

Ali Jasim yang mengambil tugasan penalti tersebut tidak berdepan masalah untuk menyempurnakannya sekali gus meletakkan Iraq 1-0 di hadapan.

Advertisements

Jaringan Iraq itu tidak mengendurkan sama sekali serangan ke atas benteng Vietnam dengan serangan terus dilancarkan.

Penyudah yang tumpul menjadi penghalang buat kedua-dua pasukan mencipta jaringan dengan kebanyakan serangan tersasar jauh.

Ketika perlawanan hampir tamat, Vietnam terpaksa beraksi dengan kekurangan seorang pemain selepas Nguyen Hung Manh dilayangkan kad merah susulan pijakan ke atas kaki pemain Iraq.

10 minit masa tambahan diberikan oleh pengadil perlawanan namun tiada jaringan berjaya dihasilkan sekali gus menamatkan perlawanan dengan keputusan 1-0 memihak Iraq.

Kemenangan Iraq ini memastikan mereka mengikut jejak tiga lagi pasukan lain yang mara lebih awal ke separuh akhir iaitu Indonesia, Jepun dan Uzbekistan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram