Afiq Fazail Tempuhi Cabaran Berbeza Bersama Malaysia
Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Perancang tengah Malaysia, Afiq Fazail bersedia untuk memenuhi tuntutan ketua jurulatih, Kim Pan-gon bagi menghadapi dua lawan hebat di Kelayakan Piala Dunia 2026.

Pemain berusia 29 tahun itu tersenarai dalam 25 orang pemain Harimau Malaya untuk dibawa ke kem latihan kebangsaan menghadapi Kyrgyzstan dan Taiwan.

Bercakap kepada MakanBola, beliau sedia memenuhi tuntutan besar pasukan untuk bersaing sebaik mungkin untuk memastikan kecemerlangan skuad Harimau Malaya.

Advertisements

Afiq menzahirkan rasa keterujaan untuk membantu Harimau Malaya sejak sekian lama tidak dipanggil memperkuat Malaysia.

Katanya, skuad negara kini beraksi dengan lebih pantas sekaligus mahu menyesuaikan diri seberapa cepat yang boleh.

“Antara perubahan yang saya lihat adalah skuad negara beraksi lebih pantas. Saya akan cuba menyesuaikan diri, pemain juga beraksi lebih direct.”

Advertisements

Beliau bagaimanapun tidak mahu terlalu selesa dan berharap agar dapat mempersembahkan aksi terbaik sekiranya diberikan peluang.

“Persaingan masih sama tetapi jurulatih yang menentukan perancangan pasukan,” jelasnya kepada MakanBola.

Malaysia akan membuka tirai perlawanan pada 16 November 2023 berdepan Kyrgyzstan di SNBJ jam 9 malam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram