AFF Sumbang RM2.34 juta Kepada FAM
FAM
FA Malaysia
Advertisements

Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) mengumumkan sumbangan dana berjumlah AS$500,000 (RM2.34 juta) kepada FAM hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat presiden badan induk Asia Tenggara itu, Mejar Jeneral Mejar Jeneral Khiev Sameth dalam majlis pelancaran pelan strategik fasa kedua Peta Hala Tuju (Roadmap) F:30 hari ini.

Sameth melihat dengan sumbangan dana tersebut, ini akan memudahkan FAM dalam merencana projek-projek pembangunan bola sepak yang dirancang dalam F:30.

Advertisements

Ini termasuk pembinaan infrastruktur yang relevan bagi memastikan pelan itu dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Untuk (sumbangan dana) AS$500,000 (RM2.34 juta) itu, ia diberi kepada ahli persekutuan bola sepak negara ASEAN. Ia boleh digunakan untuk apa saja (projek pembangunan bola sepak) termasuk infrastruktur.

“(Dalam konteks) FAM, mereka boleh menggunakan dana ini untuk merealisasikan projek dalam F:30,” katanya dalam sidang media pasca-majlis pelancaran pelan itu hari ini.

Advertisements

Sumbangan dana ini bakal memberi suntikan moral kepada FAM dalam merencana projek-projek pembangunan bola sepak negara terutama di peringkat akar umbi.

Ini sekaligus dapat meningkatkan kualiti pada skuad kebangsaan dan membantu Harimau Malaya melakar lebih banyak kecemerlangan di pentas antarabangsa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram