Aidil Sharin Akui Cabaran Bentuk Pasukan Kedah Selepas Hilang Sembilan Tonggak
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Naib Juara Liga Super musim lalu, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dijangka bakal menampilkan kelainan dalam corak permainan mereka untuk musim ini.

Ketua jurulatih KDA FC. Aidil Sharin Sahak berkata skuad Hijau Kuning untuk tahun 2022 pastinya berlainan dengan musim-musim terdahulu apabila mereka kini dibarisi pemain-pemain muda yang bertenaga dan dahagakan kejayaan.

“Saya melihat pasukan baharu ini lebih bertenaga dan kita boleh lihat beberapa muka baharu antaranya dari pasukan Penang FC, Perak FC dan skuad Piala Presiden Kedah di mana mereka merupakan pemain muda yang bertenaga serta dilihat mampu menerapkan corak baharu bersama pemain import lain dalam pasukan.

Advertisements

“Selain itu, mereka juga dahagakan kejayaan dan pencapaian berupa piala kejuaraan kerana sebelum ini mereka belum pernah memenangi kejuaraan bersama pasukan terdahulu.

“Jadi kami membawa masuk pemain yang dilihat berbakat dan mahukan kejayaan bersama pasukan yang diwakili dan itulah yang kami lakukan.” katanya kepada Arena Metro.

Aidil menambah cabaran hebat buat beliau untuk membentuk pasukan pada musim ini selepas 9 pemain kesebelasan utama meninggalkan pasukan untuk mencari angin baru.

Advertisements

“Saya tidak nafikan cabaran besar yang perlu dilalui dalam melakukan perubahan terutama dalam tempoh yang singkat untuk menjadikan satu pasukan baharu itu bergabung dengan baik kerana setiap pelaksanaan itu akan mengambil masa, namun kita perlu mengadaptasikan perubahan itu dengan secepat yang boleh.

“Saya menjangkakan dua atau tiga perlawanan permulaan nanti akan ada perbezaan. Ini kerana berbanding musim lalu, kita banyak mengekalkan pemain musim sebelum itu, sementara pada musim ini pula, lapan hingga sembilan pemain lama dalam kesebelasan utama sudah tidak lagi bersama pasukan.

Antara pemain kesebelasan utama yang meninggalkan pasukan adalah kapten pasukan Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali. Kedah juga bertindak melepaskan kesemua import mereka musim lepas iaitu Renan Alves, Anumanthan Kumar, Rabih Ataya, Kpah Sherman dan Tchetche Kipre.

Advertisements

Untuk musim ini, beberapa muka baru dibawa masuk antaranya Amirul Azhan dari Perak dan tiga pemain dari Penang FC iaitu Al Hafiz Harun, Khairu Azrin, Azmeer Aris dan Amer Azhar. Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad juga berada di dalam skuad KDA FC musim ini sebagai pemain pinjaman.

Manakala dua pemain import yang sudah sah menyarung jersi KDA FC untuk musim ini adalah Dechi Marcel dari Ivory Coast dan Jang Suk Won dari Korea Selatan. Tiga lagi pemain import bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram