Aidil Sharin Bakal Kemudi Persija Jakarta?

Iman Nafiz
@nafnami
10:10pm 09/10/2020

Setelah musim yang gemilang bersama Kedah pada musim ini, Aidil Sharin dikatakan berminat untuk mencari angin baru dengan mengemudi pasukan gergasi Indonesia, Persija Jakarta pada tahun depan.

Ini kerana terdapat satu ‘posting’ daripada sebuah laman sosial Indonesia yang memberikan tanda-tanda bahawa Aidil Sharin bakal meninggalkan skuad Hijau Kuning.

‘Posting’ daripada akaun Indonesia

Malah rata-rata komen di posting tersebut juga menggambarkan bahawa jurulatih yang dimaksudkan itu adalah Aidil Sharin.

Komen daripada peminat Persija Jakarta

Khabar angin ini bukanlah sesuatu yang baru memandangkan sebelum ini juga Aidil Sharin dikatakan pernah menerima tawaran daripada Persija Jakarta namun terpaksa ditolak atas sebab-sebab tertentu.

Biodata Aidil Sharin :-

Nama : Aidil Sharin Sahak

Merupakan bekas pemain bola sepak di posisi tengah.Beliau juga pernah digelar sebagai Pep Guardiola Singapura semasa mengemudi pasukan Home United.Sebelum ini melatih Home United dari tahun 2016 sehingga 2018 sebelum meneruskan karier di Kedah FA daripada tahun 2019.