Aidil Sharin Capai KPI Yang Ditetapkan Pengurusan Kedah
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Walaupun melalui kempen Liga Super yang tidak seperti musim-musim terdahulu namun pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berjaya mengejutkan ramai selepas layak ke separuh akhir Piala AFC Zon Asean sebelum ditewaskan PSM Makassar 2-1.

Pada minggu lalu, satu sesi dialog telah diadakan di antara pihak pengurusan KDA FC, wakil penyokong, jurulatih dan pemain. Tujuan sesi dialog itu diadakan sudah tentu untuk menceritakan apa yang terjadi kepada pasukan KDA FC musim ini.

Sebelum musim bermula, pihak pengurusan KDA FC telah menetapkan penunjuk prestasi utama (KPI) buat jurulatih pasukan, Aidil Sharin Sahak agar ianya dapat dicapai untuk semua kejohanan yang disertai KDA FC musim ini.

Advertisements

Pujian harus diberikan kepada Aidil Sharin yang berjaya mencapai KPI yang ditetapkan pengurusan walaupun berdepan dengan pelbagai kekangan seperti bajet, krisis kecederaan pemain dan juga cabaran dalam membentuk persefahaman antara pemain lama dan baru. Ini kerana pada musim ini 70% pemain KDA FC adalah muka-muka baharu dan pemain muda.

Dalam satu muatnaik di laman Facebook oleh salah seorang wakil penyokong, MHazriq Fahimy Abdullah telah menceritakan lebih lanjut mengenai KPI yang ditetapkan oleh pihak pengurusan KDA FC.

Advertisements

Antara KPI yang ditetapkan kepada Aidil Sharin sebagai jurulatih adalah pasukan mesti berada di tangga ke-5 Liga Super selepas 10 perlawanan. KPI kedua ialah untuk saingan Piala FA dan pengurusan menetapkan agar pasukan mara ke kalah mati. Kedah tewas kepada Terengganu di tempat lawan juga pada pusingan kedua. Ini bermakna KPI untuk Liga Super dan Piala FA sudah dicapai Aidil Sharin.

Manakala bagi Piala AFC, tiada sasaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. Namun Aidil berjaya membawa pasukan ke separuh akhir Piala AFC Zon Asean. Sasaran itu jauh dari apa yang ditetapkan oleh pengurusan.

Advertisements

Keputusan untuk mengekalkan Aidil Sharin jelas sekali satu keputusan yang tepat dek kerana pelbagai kekangan dan cabaran yang dilalui jurulatih dari Singapura itu. Keberanian Aidil menggunakan khidmat pemain muda juga mendapat pujian daripada penyokong-penyokong pasukan Kedah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram