Aidil Sharin Tagih Sokongan Padu Penyokong Kedah Dalam Misi Tewaskan Melaka United
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak mengharapkan para penyokong Kedah dapat memenuhi Stadium Darul Aman malam ini dalam usaha pasukan memburu kemenangan selepas tewas besar dua perlawanan bulan lalu.

Misi memburu tiga mata ini sangat penting buat Kedah supaya tidak terus tergelincir dalam carta Liga Super musim ini. Pasukan lain seperti Negeri Sembilan dan Selangor pula menunjukkan aksi terbaik mereka dengan kini semakin merapati kedudukan Kedah.

“Beraksi di laman sendiri selepas memasuki bulan Syawal ini sudah pasti memberi tahap kecergasan dan keyakinan yang lebih baik buat semua pemain dalam usaha memastikan isu konsistensi tidak lagi berulang seperti sebelum ini.

Advertisements

“Faktor kehadiran penyokong menjadi antara elemen penting buat semua pemain bagi memastikan semangat berjuang dapat dilonjakkan dalam usaha memburu kemenangan.

“Kita juga sedar Melaka United bukan lawan yang mudah kerana mereka juga memiliki beberapa pemain ternama, namun kami akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan sasaran tiga mata yang diburu menjadi kenyataan,” katanya kepada Sukan BH.

Untuk rekod, Kedah telah tewas dua kali dengan jaringan yang besar bulan lalu. Mereka tewas 1-4 kepada Selangor. Selepas tewas kepada Selangor, mereka menang tipis 2-1 menewaskan Penang FC namun kembali dengan kekalahan 0-4 kepada Sabah FC sebelum saingan Liga Super berehat.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram