Aidil Sharin Yakin Mampu Bangkit Dengan Kaya
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Selepas tewas 0-2 kepada pasukan tuan rumah, Bali United dalam aksi kumpulan G Piala AFC semalam, pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yakin anak buahnya akan pamer kebangkitan dalam perlawanan seterusnya.

Pasukan KDA FC perlu menang dalam baki aksi menentang Kaya FC dan Visakha FC untuk mencerahkan peluang mara ke peringkat kalah mati Piala AFC. Aidil berpendapat peluang KDA FC untuk mara ke pusingan seterusnya masih terbuka.

“Apabila kamu tewas pada aksi pertama kamu perlu bangkit pada aksi seterusnya dan perlawanan seterusnya kita perlu fokus kerana Kaya FC juga tewas pada aksi pertama mereka.

Advertisements

“Saya rasa peluang masih terbuka, kita juga perlu melihat saingan di kumpulan lain yang mana ada yang mendapat keputusan seri. Jadi peluang masih lagi terbuka dan pemain perlu percaya untuk bangkit pada aksi seterusnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas tamat perlawanan pada Jumaat.

Mengulas mengenai prestasi para pemain KDA FC semalam, Aidil berkata bahawa dua gol yang dilepaskan pasukan semalam adalah dari kesilapan pemain sendiri yang kehilangan fokus.

“Gol pada penghujung separuh masa pertama dan gol kedua pada penghujung separuh masa kedua juga disebabkan kita hilang tumpuan tetapi kita harap pemain belajar dari perlawanan ini,” ujarnya kepada Sukan Sinar.

Advertisements

Selepas ini, Kedah akan turun untuk aksi kedua kumpulan pada 27 Jun menentang kelab Filipina, Kaya FC sebelum menutup aksi kumpulan G dengan menentang kelab dari Kemboja, Visakha FC pada 30 Jun.


Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram