Aidil Zafuan Kongsi Sisi Berbeza Fernando Forestieri Di JDT
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Lagenda bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Razak berkongsi sisi berbeza penyerang JDT, Fernando Forestieri sepanjang dua musim bersama pasukan.

Pemain kelahiran Itali itu merupakan antara watak penting di bawah kendalian ketua jurulatih, Tano Solari yang berjaya mengekalkan 4 trofi yang dimenangi pada musim lalu.

Pemain berusia 34 tahun itu juga merekodkan jumlah jaringan yang amat memberangsangkan apabila meledak 19 gol dan 7 bantuan gol dalam saingan Liga Super 2023.

Advertisements

Bekas pemain Udinese itu juga membantu cabaran Harimau Selatan dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) tahun ini sungguhpun terkandas di peringkat kumpulan.

Menerusi satu perkongsian oleh Aidil Zafuan dan Farizal Marlias kepada JDT TV, mereka membongkar sisi unik pemain ini terutamanya ketika sebelum aksi bermula.

Katanya, Forestieri merupakan seorang pemain yang memiliki perwatakan tersendiri sebelum aksi penting bermula.

Advertisements

“Haziq Nadzli beliau tidak akan bercakap dengan sesiapa pun sebelum perlawanan, berada dalam keadaan serius.”

“Seorang lagi ialah Fernando Forestieri. Beliau tidak aka bergurau sebelum perlawanan,” ujar Aidil.

Khidmat pemain itu bagaimanapun tidak akan kekal bersama JDT selepas kelab mengumumkan perpisahan dengan pemain tersebut bagi saingan musim baharu kelak.

Advertisements

JDT ketika ini sudah mengumumkan ketibaan beberapa pemain import baharu seperti Jalil Elias dan juga Chico Geraldes bagi musim 2024/25.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram