Selamat Tinggal Forestieri
Liga Super
MakanBola
Azri / MakanBola
Advertisements

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) baru-baru ini telah mengucapkan selamat tinggal kepada penyerang berbisa dari Argentina, Fernando Forestieri.

Ucapan selamat tinggal kepada penyerang berusia 33 tahun itu dimuatnaik di laman sosial rasmi pasukan dari selatan tanah air itu.

Advertisements

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin mengucapkan terima kasih kepada Fernando Forestieri atas sumbangannya kepada Harimau Selatan sejak menyertai kelab pada permulaan musim 2022.

“Penyerang ini adalah sebahagian daripada skuad Harimau Selatan yang mencipta sejarah memenangi ‘double quadruple’ pada 2022 dan 2023. Beliau telah menjaringkan 47 gol dan 21 bantuan jaringan menerusi 69 penampilan dengan JDT. Selamat maju jaya, Forestieri!,” coret JDT di laman Facebook.

Advertisements

Forestieri kini mengikut jejak langkah beberapa pemain import yang meninggalkan JDT menjelang musim hadapan seperti Diogo Luis Santo dan Leandro Velazquez.

Advertisements

Selain melepaskan Forestieri, JDT juga sebelum ini melakukan kejutan selepas tidak meneruskan khidmat ketua jurulatih mereka, Esteban Solari.

JDT yang mengambil langkah penjimatan sebanyak 30-40% disebabkan keperluan untuk penstrukturan semula kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang kelab berkenaan.

Advertisements

Bakal membawa cabaran negara dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elite musim hadapan, perancangan JDT sudah pasti menjadi perhatian banyak pihak terutamanya penyokong Harimau Selatan.

Advertisements

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] depan penyerang berbisa JDT, Fernando Forestieri bersama pasukan terjawab apabila sah bakal kekal bersama pasukan bagi musim […]

News Comments Account