Ads
Liga Super
JST

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan perpisahan mengejut dengan ketua jurulatih, Tano Solari menjelang sepak mula musim baharu.

Advertisements

Skuad Harimau Selatan mengumumkan perpisahan mengejut tersebut selepas beberapa hari mengumumkan bahawa pasukan sedang mengurangkan perbelanjaan.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers, JDT ingin mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada barisan kejurulatihan, pemain dan kakitangan yang akan meninggalkan kelab.

Advertisements

Advertisements

“Harimau Selatan sedang melakukan transformasi yang memperlihatkan kelab mengurangkan perbelanjaan sehingga 30-40% disebabkan keperluan untuk penstrukturan semula kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang kelab.”

“Kelab telah membelanjakan sejumlah wang untuk projek bola sepak sepanjang enam hingga tujuh tahun ini.”

Advertisements

Pengendali muda berusia 43 tahun itu merupakan antara watak penting buat pasukan milik DYAM TMJ musim ini untuk mengekalkan 4 trofi yang dimenanginya tahun lalu.

“Antara yang meninggalkan kelab termasuk ketua jurulatih Esteban Solari, Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr. Leandro Pinero dari barisan kejurulatihan.”

JDT juga mengumumkan beberapa pemain akan dilepaskan secara pinjaman setelah pasukan mahu menjimatkan perbelanjaan sekitar 40 peratus.

Advertisements

“JDT juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat pemain yang akan dipinjamkan keluar seperti Oscar Arribas, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Haziq Nadzli.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram