Advertisements
JDT ‘Potong’ 40 Peratus Perbelanjaan, Pemain & Staf Akan Dilepaskan
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sedang melakukan penstrukturan kewangan bagi musim 2024/25 bagi memastikan kelangsungan jangka panjang kelab pada masa akan datang.

Skuad Harimau Selatan telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk projek bola sepak termasuk insfrastruktur bola sepak dalam tempoh enam hingga tujuh tahun yang lepas.

Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Alistair Edwards kepada Johor Southern Tigers, beberapa langkah progresif bakal diambil untuk memastikan kelangsungan kelab dapat diteruskan dengan stabil pada masa akan datang.

“Kelab telah memutuskan untuk mengurangkan perbelanjaan sebanyak 30-40% untuk membolehkan proses tersebut. Kami tidak akan membelanjakan wang. Kami akan mengurangkan perbelanjaan kami.”

JDT juga sudah merangka beberapa perubahan yang signifikan dengan difahamkan beberapa pemain dan staf akan dilepaskan oleh kelab.

“Harimau Selatan akan melakukan transformasi kelab yang akan menyaksikan beberapa perubahan membabitkan kakitangan menjelang musim 2024 dan 2025. Ini termasuk para pemain dan staf teknikal yang akan dilepaskan oleh kelab,” ujarnya kepada JST.

Pasukan milik DYAM TMJ juga difahamkan bakal melepaskan beberapa pemain bagi saingan musim baharu dan memperkenalkan lebih ramai bakat tempatan ke dalam skuad utama pasukan.

Keberkesanan bola sepak JDT telah menyaksikan seramai 13 orang pemain dipanggil oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon bagi membawa cabaran negara ke pentas Piala Asia 2023.