Syamer Kutty & Dua Bintang JDT Dalam Pantauan Kelab Utara Tanah Air
Transfer
JST / T. Avineshwaran
Advertisements

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Syamer Kutty dilaporkan berada dalam pemerhatian Penang untuk memperkuat barisan tengah kelab utara tanah air itu.

Selain Syamer Kutty, dua bintang JDT yang turut diperhatikan Penang adalah pemain tengah, Danial Amier dan tonggak pertahanan, Adam Nor Azlin.

Khabar angin ini mendapat perhatian ramai khususnya penyokong Harimau Kumbang setelah dimuatnaik oleh wartawan terkenal, T. Avineshwaran menerusi akaun X peribadi beliau.

Advertisements

Syamer Kutty yang kembali dari kecederaan pada musim lalu melakukan 14 penampilan bersama skuad bimbingan Tano Solari sepanjang musim 2023 ini dengan 8 daripadanya dalam saingan Liga Super.

Bekas kapten skuad bawah 23 tahun negara, Adam Nor Azlin yang beraksi bersama skuad JDT II pada musim ini melakukan 15 penampilan dan menjaringkan 2 gol sehingga pasukannya berjaya meraih naib juara Piala MFL.

Danial Amier yang menyertai skuad Harimau Selatan pada 2021 dari Felda United hanya sekadar memulakan 5 perlawanan pada musim ini bersama skuad JDT II.

Advertisements

Penang menamatkan musim ini di tangga kesepuluh Liga Super di samping mara sehingga ke peringkat suku akhir Piala FA dan tersingkir di pusingan 16 dalam saingan Piala Malaysia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram