JDT Kumpul Mata Lebih Tinggi Berbanding Man United Dalam Ranking Kelab FIFA
Asia
JST
Advertisements

Selepas menggondol trofi demi trofi dalam tempoh sedekad, nama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) semakin disegani sebagai pasukan gergasi tanah air.

Malah, nama pasukan dari selatan Malaysia itu semakin menyerlah di pentas Asia berdasarkan kedudukan terkini kelayakan kelab Asia ke Piala Kelab Dunia FIFA 2025.

Ketika ini, JDT berada di tangga ke-11 ranking kelayakan Asia dengan 38 mata di belakang kelab Iran, Persepolis (38 mata) dan wakil Thailand, BG Pathum United (46 mata).

Advertisements

Secara ringkas, pengiraan ranking dibuat mengikut prestasi pasukan dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) dari musim 2021 hingga 2023.

Setiap kemenangan yang diraih dalam musim-musim yang dinyatakan bernilai tiga mata. Sementara keputusan seri pula bernilai satu mata.

Advertisements

Setiap pasukan turut diberi tambahan tiga mata sekiranya mereka berjaya layak ke pusingan kalah mati dalam tiga musim yang dinyatakan.

Berdasarkan kelayakan kelab Asia ke Piala Kelab Dunia FIFA 2025, Al-Hilal dan Urawa Reds layak atas kapasiti sebagai juara ACL musim 2021 dan 2022.

Advertisements

JDT tidak berpeluang layak menggunakan slot juara ACL 2023 selepas tersingkir di peringkat kumpulan musim ini.

Jika Harimau Selatan berhasrat untuk layak dari segi ranking, mereka berdepan kesukaran bersaing dengan kelab-kelab gergasi Asia.

Advertisements

Ini kerana kelab-kelab dari Al-Nassr hinggalah Kawasaki Frontale berjaya layak ke pusingan 16 pasukan terbaik ACL musim 2023-2024. Jika mereka berjaya mara lebih jauh, pasukan-pasukan ini mampu menambah mata pada ranking kedudukan mereka.

Bagaimanapun, ada sedikit berita gembira buat para penyokong Harimau Selatan. 38 mata yang dikumpul JDT lebih banyak daripada kelab gergasi England, Manchester United dari segi ranking kelab FIFA.

United tidak dapat layak ke Piala Kelab Dunia FIFA 2025 bukan saja disebabkan oleh mata ranking yang rendah untuk slot kelayakan Eropah iaitu 35 mata.

Malah, disebabkan had kuota yang hanya menetapkan satu negara hanya boleh diwakili dua kelab, United dan Liverpool tidak berpeluang untuk layak.

Dari segi ranking kelab FIFA untuk kelab Eropah, Liverpool menduduki tangga keenam. Nasib sama turut dialami RB Leipzig, Barcelona, Napoli, A.C. Milan dan Sevilla.

Kuota England diisi oleh Manchester City dan Chelsea disebabkan status mereka sebagai juara Liga Juara-Juara UEFA (UCL) musim 2020-2021 dan 2022-2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram