Liga Super
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ membuka mulut mengenai pemergian penyerang sensasi pasukan, Fernando Forestieri bagi saingan musim hadapan.

Pemain kelahiran Argentina itu merupakan tunjang utama buat skuad Harimau Selatan sejak dua musim lalu termasuklah menjulang 8 trofi bersama pasukan.

Khidmat beliau bagaimanapun tidak dikekalkan oleh kelab bagi musim baharu sekaligus menyaksikan perpisahan bersama bekas bintang Serie A itu terpaksa diterima oleh para peminat jaguh Malaysia itu.

Advertisements

Menerusi pengumuman di laman Johor Southern Tigers, beliau telah menjadi watak penting buat pasukan namun kelab memilih untuk tidak meneruskan khidmatnya.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin mengucapkan terima kasih kepada Fernando Forestieri atas sumbangannya kepada Harimau Selatan sejak menyertai kelab pada permulaan musim 2022.”

“Penyerang ini adalah sebahagian daripada skuad Harimau Selatan yang mencipta sejarah memenangi ‘double quadruple’ pada 2022 dan 2023. Beliau telah menjaringkan 47 gol dan 21 bantuan jaringan menerusi 69 penampilan dengan JDT,” coret JDT di laman Facebook.

Advertisements

Menerusi satu komen yang ditinggalkan oleh DYAM TMJ, baginda mengucapkan terima kasih kepada pemain itu dan memberitahu bahawa dirinya akan sentiasa menjadi sebahagian daripada kelab.

“Terima kasih Fernando Forestieri. Kamu akan sentiasa menjadi sebahagian daripada sejarah kelab. Bajet kelab telah dikurangkan sebanyak 40 peratus. Era menjadi pasukan bukan pilihan,” ujar DYAM TMJ.

Copy of Untitled Design 6 TMJ Bersuara Tentang Pemergian Fernando Forestieri

Forestieri telah meledak 47 gol dan 21 bantuan gol dalam 69 penampilan bersama JDT selama dua musim yang penuh gemilang.

Advertisements

Pemergian beliau sudah pasti memberikan kesan yang besar buat pasukan namun difahamkan JDT sudah pun menemui pengganti yang sesuai untuk mengisi kelompongan pemain ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram