Advertisements
Aidil Zafuan Korbankan Posisinya Demi Zaquan Adha
Inspirasi
MakanBola
FA Malaysia

Kapten Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha baru-baru ini telah berkongsi mengapa dirinya menjadikan dan abang kembarnya yang juga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan beraksi di posisi yang berlainan.

Zaquan lebih dikenali sebagai seorang penyerang manakala kelibat Aidil pula akan terlihat di posisi pertahanan tengah.

Tetapi pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa kedua-dua beradik kembar ini bermula dengan posisi penyerang sebelum Aidil terpaksa mengubah posisinya kepada pertahanan.

“Memang kami dari kecil memang (beraksi) striker, abang pun striker. Terpisah posisi kami ini selepas kami masuk Sekolah Sukan Bukit Jalil.

“Masuk Bukit Jalil, yang pisahkan posisi kami adalah Coach Amin (Aminuddin Hussin). Pada awalnya kami tak boleh terima (tukar posisi). Sebab apa ya? Saya dah main partner dengan dia.

“Dulu punya posisi, kita akan main dua striker. Jadi saya tertanya-tanya kenapa,” kongsi Zaquan dalam podcast Geng Jatuh Bangun (GJB).

Coach Amin telah memberikan penerangan jelas mengenai pertukaran posisi itu kepada mereka berdua. Zaquan dan Aidil akhirnya akur dan boleh menerima penjelasan daripada Coach Amin.

“Tapi apabila dah dapat jawapan, baru terfikir, kalau habis sekolah nanti, kau rasa ada tak satu pasukan itu tak akan ambil import?

“Pasukan itu mesti akan ambil import penyerang, kau nak abang kau duduk dekat reserve ataupun kau duduk reserve?

“Lepas dia cakap itu, ehh betul juga, jadi benda itu bila dia (coach) buat keputusan, kami faham kira betul juga sebab setiap perlawanan first eleven, kami ada sama-sama dan ada kesinambungan dekat situ. Abang dekat defend, saya dekat ‘striker’.

“Itu jawapannya kenapa dipisahkan saya dengan abang, Coach Amin nak kami main sama-sama dalam first eleven,” jelasnya.