Ailton Silva Sah Jurulatih Baru Kelantan United FC
Liga Super
@TL_Central
Advertisements

Dengan Liga Super memasuki pusingan kedua, Kelantan United FC sedar mereka memerlukan jurulatih baru untuk keluar dari kelompok tercorot liga. Atas sebab itulah, pengurusan Kijang Hijau melantik bekas jurulatih Chiangrai United, Ailton Silva sebagai pengganti Tomas Trucha.

Pengumuman ini dibuat oleh Kelantan United FC menerusi laman media sosial rasmi mereka hari ini. Perkara ini turut dilaporkan oleh wartawan sukan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Silva atau nama sebenarnya Ailton dos Santos Silva bakal mengambil alih tugas kejurulatihan daripada pemangku jurulatih, Nazrulerwan Makmor. Nazrulerwan dijangka akan kembali memegang peranan sebagai penolong jurulatih.

Advertisements

Kelantan United FC dijangka mengharapkan Silva mengulangi sentuhan emasnya bersama Chiangrai United untuk membawa mereka keluar dari kelompok tercorot Liga Super. Semasa bersama kelab itu, beliau membantu Chiangrai menjulang Thai League 1 pada 2019.

Satu perkara yang bakal menjadi fokus Silva ialah mengenalpasti pemain-pemain import baru yang diperlukan pasukan. Ini selepas Nazrulerwan kurang berpuas hati dengan prestasi mereka selepas Kijang Hijau dimalukan 7-1 oleh Selangor FC baru-baru ini.

Advertisements

Di media sosial, ramai menyambut baik perlantikan beliau sebagai pengendali baru Kelantan United FC dan berharap dapat memberi impak positif kepada prestasi mereka dalam liga selepas ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram