Air Mata Iringi Ucapan Penghargaan Derrick Gan Buat Faisal Halim
Inspirasi
@blast.active
Advertisements

Rezeki tidak putus-putus buat Derrick Gan setelah menerima motor kedua daripada Faisal Halim dan pihak Blast Active setelah pulang dari Qatar.

Derrick Gan yang menerima LC135 bukan sahaja dapat meluangkan masa bersama pemain utama Malaysia, Faisal Halim malah beliau sempat membonceng pemain sayap tersebut.

“Terima kasih banyak-banyak. Saya tak jangkakan semua ini dan saya tak mampu berkata apa-apa sekarang. Terima kasih kepada Blast Active dan Mickey untuk semuanya. Terima kasih.” ujar Derrick Gan.

Advertisements

Derrick Gan yang baru tiba di Malaysia turut sebak sewaktu berterima kasih atas hadiah besar tersebut kepada Faisal Halim dan juga pihak Blast Active.

Usaha murni Faisal Halim dan pihak Blast Active menerima pujian rakyat Malaysia yang benar-benar menunaikan janji besar tersebut.

Tangisan Derrick Gan sewaktu perlawanan Malaysia menentang Korea Selatan serta kisah pengorbanan beliau untuk ke Qatar berjaya membuat seluruh rakyat Malaysia terharu sehinggakan Faisal Halim bersama Blast Active mencari individu ini untuk menghadiahkan sebuah motor baharu.

Advertisements

Derrick Gan sebelum ini mempromosikan motosikalnya dengan harga RM4,500 di laman Facebook miliknya pada 28 Disember 2023, dua minggu sebelum kejohanan Piala Asia di Qatar bermula.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram