Pengorbanan Luar Biasa Penyokong Harimau Malaya Ke Qatar Undang Rasa Kagum
Inspirasi
Astro Arena
Advertisements

Tangisan kegembiraan seorang penyokong Harimau Malaya kini meraih perhatian warga Malaysia setelah momen tersebut terakam sewaktu siaran langsung Malaysia menentang Korea Selatan.

Malah terdapat kisah pengorbanan luar biasa yang dilakukan penyokong tersebut apabila sanggup menjual motosikal Yamaha LC5s miliknya pada harga RM4,500 demi terbang ke Qatar untuk menyaksikan perlawanan Harimau Malaya.

Penyokong yang bernama Derrick Gan tersebut mempromosikan motosikal di laman Facebook miliknya pada 28 Disember 2023, dua minggu sebelum kejohanan Piala Asia di Qatar bermula.

Advertisements

Derrick Gan yang tular di kaca televisyen mengakui sanggup melepaskan motosikalnya untuk pasukan Malaysia yang bakal beraksi di kejohanan terbesar Piala Asia 2023.

Momen indah berkenaan meraih perhatian penyokong Malaysia yang turut terharu melihat tangisan beliau sewaktu Arif Aiman berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan Malaysia 2-1 dihadapan Korea Selatan.

Malah perlawanan tersebut dirancakkan lagi menerusi jaringan penyamaan minit akhir Romel Morales sekali gus memberikan satu kepuasan buat penyokong Malaysia yang menyaksikan aksi tersebut.

Advertisements

Kisah penyokong Harimau Malaya ini kemudian mendapat perkongsian ramai warga maya Malaysia yang mengagumi pengorbanan luar biasa beliau untuk hadir ke Qatar.

Walaupun Malaysia telah tersingkir dari kejohanan Piala Asia, namun Malaysia bangkit mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan ketiga kumpulan E untuk meraih keputusan seri berdepan Korea Selatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram