Akhyar Rashid Cerita Detik Genting Berdepan Penjaga Gol Dunia Korea Selatan
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Akhyar Rashid teruja dan gembira dapat membantu pasukannya meraih tiga mata penting dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang Ulsan Hyundai.

Akhyar mencatat nama sebagai penjaring selepas menjaringkan gol kemenangan buat skuad Harimau Selatan pada minit ke-87 permainan.

“Pertama sekali saya bersyukur, alhamdulillah dapat bantu pasukan. Ini yang saya impikan dan ketika di luar, sebenarnya saya rasa berdebar.”

Advertisements

Ketika sesi sidang media selepas perlawanan, Akhyar sempat berkongsi situasi sebenar ketika jaringan tersebut terhasil. Pada awalnya beliau memilih untuk membuka ruang buat Arif meledak, namun peluang terhidang buatnya apabila Arif memilih untuk melakukan hantaran.

“Perasaan bila tadi saya jaringkan gol, saya tak tahu nak cakap tapi perasaan itu sangat gemuruhlah. Itu pun tak sangka rezeki saya pada malam ini.”

“Saya memang terdetik nak buat macamtu. Saya pergi ke tengah dan lari semula ketepi dan undur semula kerana niat saya untuk bagi Arif melakukan percubaan. Tapi akhirnya dia hantar semula kepada saya dan alhamdulillah saya menjaringkan gol,” ujar Akhyar.

Advertisements

Sayap kebangsaan berusia 24 tahun ini dalam pada itu turut berterima kasih kepada pengendali JDT, Tano Solari yang memberi peluang dan kepercayaan untuk beliau turun beraksi.

Beliau menzahirkan rasa syukur dapat membantu pasukannya mencatat kemenangan penting di pentas tertinggi Asia berdepan gergasi dari Korea Selatan.

“Ya sebelum ini saya digelar supersub dan sebelum dimasukkan, jurulatih beritahu saya untuk masuk dan lakukan apa sahaja. Saya nak terima kasih kepada jurulatih (Tano Solari) dan semua kerana beri peluang dan alhamdulillah, kami menang.”

Advertisements

JDT dijadualkan berdepan jaguh dari Jepun, Kawasaki Frontale di gelanggang lawan pada 28 November sebelum beraksi menentang wakil Thailand, BG Pathum United di Stadium Sultan Ibrahim untuk cabaran terakhir peringkat kumpulan ACL 2023 pada 12 Disember kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram