Kim Pan-gon ‘Selongkar’ Potensi Sebenar Akhyar Rashid
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid memulakan era baharu Harimau Malaya dengan menjadi watak penting ketika menewaskan Filipina dengan keputusan 2-0.

Pemain berusia 23 tahun itu berada dalam kesebelasan utama pasukan dengan bergandingan bersama Syafiq Ahmad dan juga Arif Aiman.

Akhyar membuktikan bahawa beliau layak berada dalam skuad utama pada malam ini selepas memulakan aksi dengan cukup bertenaga.

Advertisements

Bukan itu sahaja, beliau hanya memerlukan 3 minit untuk memecah kebuntuan pada perlawanan ini apabila satu serangan balas pantas yang direncanakan di bahagian kiri padang disudahkan dengan cukup baik sungguhpun dari sudut yang cukup sukar.

Malaysia dilihat terus mempamerkan kesungguhan untuk terus menekan lawan yang kelihatan hilang arah dengan melancarkan serangan bertali-arus.

Usaha anak buah Kim Pan-gon terus membuahkan hasil apabila satu lorongan cantik yang dilakukan oleh pemain tengah berpengalaman, Safiq Rahim mencari Syafiq Ahmad sebelum disudahkan oleh Akhyar untuk gol kedua peribadinya.

Advertisements

Pemain kelahiran Kedah ini juga sentiasa membantu barisan pertahanan dengan mengekori rapat ketika Filipina melakukan serangan ke gawang Malaysia.

Gerakan dan juga gelecekan sempurna oleh Akhyar untuk mengatasi lawan selain gandingan mantap bersama Syafiq Ahmad jelas membuatkan barisan pertahanan Filipina tidak tentu arah.

Beliau digantikan oleh rakan sepasukan, Mohamadou Sumareh untuk mengisi posisi pemain sayap kiri Harimau Malaya.

Advertisements

Malaysia akan turun berdepan pasukan Singapura pada Sabtu ini untuk terus mengekalkan rentak kemenangan pada malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram