Advertising
Akhyar Rashid Milik Terengganu Secara Tetap
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Akhyar Rashid sah bergelar pemain tetap buat pasukan Terengganu.

Perkara ini diumumkan oleh pihak pengurusan Terengganu, dalam satu kenyataan pada Rabu yang menyaksikan Akhyar akan kekal sehingga 2027 bersama kelab Pantai Timur itu.

Ad

”Akhyar Rashid secara rasminya telah menandatangani kontrak bersama Terengganu FC yang akan mengekalkan pemain ini sehingga 2 musim bersama kelab ini,” umum pihak kelab.

Ad

Sebelum ini, Akhyar Rashid merupakan pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) bersama dua orang lagi rakan, Safawi Rasid dan Azam Azmi yang masih memiliki kontrak pinjaman.

“Akhyar yang sebelum ini dipinjamkan dari kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim 2024/2025 telah memberi impak yang cukup baik dalam meningkatkan kualiti pasukan ini dalam musim ini.”

Ad

Berdasarkan statistik, Akhyar telah beraksi sebanyak 28 kali musim ini dan menjaringkan 8 gol selain membuat 4 bantuan jaringan untuk Terengganu berada di tangga ke-4 Liga Super ketika ini.

Ad

Kehadiran Akhyar ini pastinya memberikan kelegaan buat peminat Terengganu menjelang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia bertemu JDT di Gong Badak pada Jumaat.

Ad