Akhyar Rashid & Safawi Rasid Bantu Peningkatan Mendadak Nilai Komersial Terengganu
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Kehadiran dua pemain baharu Terengganu FC, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid telah memberi khabar gembira buat kem Terengganu.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik laman media sosial rasmi TFC, mereka memaklumkan bahawa pemain-pemain yang baru ditandatangani Skuad Penyu berjaya membawa impak yang cukup besar terhadap pemasaran kelab.

Siaran video pengenalan pemain telah tular hingga mencecah lebih daripada 2 juta tontonan, memecah rekod tahun-tahun sebelum ini. Video sesi latihan pasukan yang dimuat naik di laman Youtube pula menunjukkan peningkatan apabila mencapai lebih 100,000 tontonan.

Advertisements

“Kehadiran para pemain baharu Terengganu FC musim ini sememangnya memberikan impak yang besar untuk pemasaran kelab. Untuk rekod terbaru, siaran video pengenalan para pemain musim ini telah mencatatkan rekod luar biasa iaitu pada laman Instagram pasukan telah mencatatkan kira-kira 2 juta tontonan.”

Bukan itu sahaja, Terengganu turut menerima sambutan yang cukup padu dan luar biasa daripada para penyokong. Sejak sesi latihan pertama skuad kendalian Tomislav Steinbruckner, para peminat mengambil ruang dan kesempatan itu membanjiri pusat latihan untuk melihat para pemain kegemaran mereka.

“Pada halaman Youtube TFC TV pula melihatkan salah sebuah video latihan juga telah mencatatkan rekod melebihi 100,000 tontonan. Perkara positif yang ditunjukkan oleh para peminat dan penyokong pasukan Terengganu FC pada musim ini sememangnya memberikan impak yang sangat besar untuk kelab ini. Ianya adalah permulaan yang baik, teruskan menyokong Terengganu FC.”

Advertisements

Biarpun saingan Liga Super 2023 belum membuka tirai, idea Terengganu dalam menghasilkan kandungan-kandungan kreatif telah menambat hati peminat bola sepak di Malaysia untuk mengikuti perkembangan semasa kelab gergasi dari Pantai Timur itu.

Selain kehadiran duo sensasi dari JDT iaitu Akhyar Rashid dan Safawi Rasid ke Terengganu, perpindahan tonggak tengah iaitu Akram Mahinan dan penyerang import, Ismaheel Akinade ke Skuad Peteh juga tak kurang hebatnya. Dua pemain ini turut disambut baik para penyokong dan mendapat perhatian pemerhati serta pengamal media bola sepak tempatan.

Perpindahan bintang-bintang ternama ini sekaligus telah memberi nilai tambah buat pasukan dan sedikit sebanyak membantu melonjakkan nilai komersial sesebuah kelab.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram