Akhyar Rashid : Sebagai Pemain Tempatan, Kami Nak Tunjuk Apa Yang Kami Ada
Dunia
Advertisements

Pemain sayap Harimau Malaya, Muhammad Akhyar Abdul Rashid percaya dengan progresif yang ditampilkan rakan tempatan dan berjaya membuktikan mereka bukan calang-calang pemain.

Pemain yang telah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan tempoh hari menjelaskan setiap pemain telah memberikan aksi terbaik di atas padang kerana bagi beliau skuad kebangsaan ketika ini berhadapan dengan pasukan yang solid di dalam kumpulan b.

“Untuk perlawanan petang ini kami (pemain tempatan) berikan yang terbaik sebab pemain tempatankan, jadi kami nak tunjuk apa yang kami ada,” katanya pada sidang media selepas aksi semalam.

Advertisements

“Syukur alhamdulillah untuk persembahan pasukan dan diri sendiri, apa yang penting kami telah buat terbaik dan beri 100 peratus seperti yang dikatakan jurulatih. Separuh masa pertama kami sedikit bergelut untuk menyesuaikan diri tetapi berjaya mengatasinya di separuh masa kedua.”

“Saya fikir mereka menunjukkan permainan yang bagus dan kami memenangi perlawanan ini serta perlu meneruskan persediaan untuk perlawanan seterusnya.” ujarnya

Sambil itu, jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyatakan para pemain yang terpilih dalam kesebelasan utama perlu konsisten dan sentiasa bersedia dalam setiap perlawanan. Akan tetapi masih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki.

Advertisements

“Kami ada dua hari untuk berehat dan paling penting, sebagai jurulatih saya mahu pemain kekal fokus. Ia permulaan yang baik buat kami dan pastinya, kami perlu memperbaiki beberapa perkara, masih ada banyak kekurangan yang perlu diperbaiki dan sudah tentu kami perlu bersedia menghadapi perlawanan seterusnya menentang Laos,” kata jurulatih berusia 53 tahun itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram