Akhyar & Safawi Rasid Ke Terengganu, Azam Azmi ke JDT?
Transfer
Johor Southern Tigers / Terengganu FC
Advertisements

Selepas saingan Liga Super 2023 melabuhkan tirainya semalam, beberapa pasukan sudah mula mengatur strategi untuk menguatkan pasukan masing-masing menjelang musim depan yang dijangka bermula pada April.

Beberapa nama besar mula dikaitkan dengan perpindahan ke kelab baharu seperti dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid dan Safawi Rasid serta pemain Terengganu FC, Azam Azmi Murad.

Melalui sumber yang diterima Makanbola, Azam Azmi akan menyertai JDT sementara Akhyar dan Safawi akan menyertai Terengganu secara pinjaman bagi saingan musim hadapan.

Advertisements

Namun begitu, perbincangan mengenai perpindahan ketiga-tiga pemain ini masih belum dimuktamadkan oleh kedua-dua pasukan dengan beberapa butiran masih dalam perbincangan.

Dalam pada itu, Safawi telah mengesahkan mengenai perpindahannya ke Terengganu secara musim hadapan.

“Ya… saya akan ke Terengganu secara pinjaman. Itu sahaja yang saya boleh maklumkan,” kata Safawi seperti dilaporkan Buletin TV3.

Advertisements

JDT dilihat semakin hampir untuk membawa masuk Azam Azmi dan jika ianya menjadi kenyataan, sudah pasti persaingan sengit di posisi pertahanan kanan JDT di antara Matthew Davies, Syahmi Safari dan Azam Azmi menjadi tumpuan musim hadapan.

Manakala bagi Terengganu, kemasukan Safawi akan memberikan pilihan kepada pengendali, Tomislav Steinbruckner yang sebelum ini telah mencuba beberapa pemain di posisi sayap kanan seperti Nik Sharif dan Norhakim Hassan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram