Akibat Cedera, 9 Pemain Terpaksa Lupakan Piala Dunia Saat Akhir
MakanBola
Brasil

Sembilan pemain terpaksa melupakan hasrat beraksi di Piala Dunia 2026 akibat kecederaan.

Sembilan pemain tersebut ialah Wesley (Brazil), Christoph Baumgartner (Austria), Jurrien Timber (Belanda), Julio Enciso (Paraguay), Leonardo Balerdi (Argentina), Emil Holm (Sweden), Billy Gilmour (Scotland), Lennart Karl (Jerman) dan Abde Ezzalzouli (Maghribi).

Akhbar Gazzetta dello Sport melaporkan sesetengah pemain yang tersenarai ini terpaksa melupakan kempen Piala Dunia akibat kecederaan serius.

Misalnya, graduan akademi Chelsea, Gilmour. Pemain tengah berusia 25 tahun itu terpaksa melupakan impian beraksi di Piala Dunia kerana mengalami kecederaan lutut dalam aksi persahabatan Scotland menentang Curacao.

Baumgartner pula terpaksa melupakan Piala Dunia kerana perlu menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan otot yang serius. Meskipun begitu, beliau akan tetap menyertai kem Austria bagi memberi sokongan kepada pasukan itu.

Wesley pula bernasib malang apabila mengalami kecederaan dalam aksi persahabatan Brazil menentang Panama. Situasi itu mendorong jurulatih Selecao, Carlo Ancelotti memanggil pemain baharu Manchester United, Ederson sebagai pengganti.

Ketiadaan sembilan pemain ini bukan saja mengganggu perancangan pasukan masing-masing menghadapi Piala Dunia. Malah, hasrat mereka untuk beraksi dalam kejohanan berprestij itu terpaksa ditangguhkan untuk edisi kejohanan yang berikutnya.