Advertisements
Akram Mahinan Kini Milik Terengganu
Transfer
MakanBola
Terengganu FC

Perancang tengah berpengalaman negara, Akram Mahinan kini menjadi pemain pertama menyertai Terenggaju bagi jendela perpindahan Liga Super 2024/25.

Advertisement

Pemain berusia 31 tahun itu secara rasminya meninggalkan KL City selepas hampir 4 musim bersama.

Spekulasi mengenai masa depannya mula hangat diperkatakan selepas ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain ini.

Advertisement

Beliau yang memiliki ketenangan di atas padang menjadi tunjang utama The City Boys untuk mara ke tiga final dalam tempoh tiga tahun.

Masa depannya akhirnya terungkai apabila beliau memilih kelab yang berpangkalan di Pantai Timur itu sebagai detinasi baharu beliau.

Advertisement

Terengganu mengumumkan ketibaan Akram Mahinan menerusi satu hantaran di laman sosial pasukan hari ini.

Advertisement

Perpindahan ini menjadi detik pemula kepada Skuad Peteh yang difahamkan bakal menerima beberapa lagi bakal menyusul seperti Akhyar Rashid dan Safawi Rasid.

Terengganu juga difahamkan sedang mengintai beberapa calon import untuk menampung pemergian beberapa tonggak penting musim lalu.

Advertisement