Aksi Final Galatasaray & Fenerbahce Hanya Bertahan Satu Minit
Eropah
Galatasaray SK
Advertisements

Arena bola sepak Turkiye kecoh disebabkan gara-gara tindakan kelab gergasi Turkiye, Fenerbahce dalam aksi final Turkish Super Cup hari ini.

Fenerbahce bukan saja membuat kejutan dengan menurunkan pasukan bawah 19 tahun (B-19) menentang musuh tradisi, Galatasaray.

Malah, mereka bertindak meninggalkan padang selepas ketinggalan 1-0 menerusi gol penyerang Argentina, Mauro Icardi seawal minit pertama.

Advertisements

Perlawanan tersebut turut menyaksikan hanya satu percubaan direkodkan dengan 100% penguasaan bola di tangan Galatasaray.

Tindakan Fener mengakibatkan Persekutuan Bola Sepak Turkiye (TFF) menganugerahkan Turkish Super Cup kepada Galatasaray.

Fener kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan di mana tindakan mereka itu hanya sekadar mempertahankan kebenaran.

Advertisements

“Hari ini, apabila kita turun ke padang, (kita bukan turun) untuk menang tetapi untuk mempertahankan kebenaran, apa yang kita mahukan tekankan bagi menyimpulkan tingkah laku kita ialah:

“Berkhidmat untuk sukan Turkiye dengan sejarah 117 tahun bukan saja dalam bola sepak tetapi dalam setiap cabang sukan yang kita sertai dengan trofi-trofi dalam muzium sebagai saksi kerja keras kita.

“Merasai nilai kebangsaan negara kita dengan 30 juta penyokong. Sebagai kelab terbesar di dunia, kita akan terus berdiri megah hari ini dan esok seperti mana yang kita lakukan semalam,” kata pengurusan kelab dalam satu kenyataan.

Advertisements

Ramai percaya tindakan Fener ini dibuat bagi menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap tindakan TFF menggantung dua pemain susulan insiden pergaduhan membabitkan Trabzonspor.

Selain itu, Fener juga mahu perlawanan final Turkish Super Cup ditangguhkan bagi membantu mereka bersedia menentang Olympiakos untuk aksi suku akhir Liga Europa. Bagaimanapun, permohonan kelab Turki itu ditolak TFF.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram