Advertising
Aksi JDT & Buriram Rekod Kehadiran Tertinggi Di SSI
MakanBola
Johor Southern Tigers

Aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Buriram United merekodkan kehadiran tertinggi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) untuk musim 2024/25.

Sebelum ini, aksi terakhir Liga Timur ACLE antara JDT dan Pohang Steelers pada 18 Februari lalu menyaksikan kehadiran seramai 34,590 orang.

Ad

Angka ini mengatasi angka kehadiran aksi Harimau Selatan dan Ulsan HD pada 5 November 2024 iaitu seramai 34,236 orang.

Ad

Selepas pengurusan JDT memaklumkan tiket aksi kedua pusingan 16 antara JDT dan Buriram sudah habis dijual, ramai percaya angka kehadiran tertinggi SSI untuk musim 2024/25 bakal bertambah.

Ini terbukti apabila 34,644 orang hadir di SSI untuk aksi tersebut pada 11 Mac lalu. Aksi ini menyaksikan Thunder Castle meraih kemenangan tipis 1-0 menerusi Suphanat Mueanta.

Ad

Meskipun tewas, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor tetap menghargai sokongan padu penyokong JDT kepada pasukan itu.

Ad

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong JDT atas sokongan luar biasa di Stadium Sultan Ibrahim. Ia sekali lagi mencatat kehadiran tertinggi di laman sendiri,” katanya.

Ad

Kehadiran tinggi penyokong JDT di SSI menyaksikan pasukan itu turut memiliki rekod kehadiran yang bagus mengatasi beberapa pasukan gergasi Asia seperti Al-Nassr, Al-Hilal dan Shanghai Port.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments