Aksi Lionel Messi Pujuk Maskot Tarik Perhatian
Inspirasi
@brfootball
Advertisements

Legenda Argentina, Lionel Messi mencuri perhatian ramai apabila memujuk maskot Inter Miami yang menangis sebelum perlawanan Leagues Cup menentang Atlanta United hari ini.

Menariknya, kanak-kanak tersebut ialah anak penyanyi rap dan penerbit muzik terkenal, DJ Khaled iaitu Asahd yang berusia tujuh tahun.

Berdasarkan video yang dikongsikan di laman media sosial, Asahd dilihat tidak biasa dengan suasana hiruk-pikuk di stadium.

Advertisements

Ini mendorongnya menitiskan air mata bila barisan pemain kedua-dua pasukan berada di atas padang bersama maskot-maskot mereka.

Menyedari kanak-kanak cilik itu takut, Messi meletakkan tangannya pada bahu Asahd dengan tujuan menenangkannya. Tindakan pantas bekas penyerang Barcelona itu membantu Asahd kembali tenang sebelum memberi tanda bagus kepada Messi.

Advertisements

Tindakan bekas penyerang PSG itu mendapat pujian ramai di media sosial. Bagi DJ Khaled pula, melihat Asahd berjalan bersama Messi merupakan satu perkara yang membanggakan buat puteranya itu.

Legenda Argentina itu membantu Inter Miami membenam Atlanta United 4-0 di stadium keramat mereka, Stadium DRV PNK.

Advertisements

Tampil sebagai kapten, Messi turut menyumbat dua gol dan mencipta satu bantuan gol dalam perlawanan sama.

Dengan kemenangan ini, ini melayakkan Inter Miami ke pusingan 32 pasukan terbaik Leagues Cup 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram