Ads
Harimau Malaya
Azri/MakanBola

Pertembungan antara Malaysia dan Arab Saudi yang dijadualkan berlangsung pada awal tahun hadapan tidak menjadi kenyataan.

Advertisements

Menerusi satu laporan oleh Asean Football, perlawanan yang sudah dirancang lebih awal itu difahamkan tidak akan diteruskan selepas wakil Asia di Piala Dunia 2022 itu memilih tiga negara lain.

Advertisements

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin telah memaklumkan bahawa pihaknya sudah merancang untuk mengadakan dua aksi persahabatan pada awal Januari sebelum ke Qatar.

Advertisements

Advertisements

Hal ini bagi memastikan pasukan bimbingan Kim Pan-gon dapat menyesuaikan diri dengan aksi berintensiti tinggi sekaligus dapat memberikan saingan terbaik.

Namun begitu, makluman terbaru menyaksikan pasukan bimbingan Roberto Mancini memilih untuk mengadakan pertemuan dengan tiga negara iaitu Lubnan, Palestine dan juga Hong Kong.

Advertisements

Harimau Malaya ketika ini berada dalam momentum cemerlang apabila berjaya meraih dua kemenangan berdepan Kyrgyzstan dan Chinese Taipei sekaligus memperoleh tambahan +26.1 mata FIFA.

Malaysia kini menghuni tangga ke-130 dunia sementara Arab Saudi di tangga ke-56 dunia.

Setakat ini, masih tiada pengumuman rasmi oleh FAM mengenai status perlawanan ini dengan aksi bertaraf tinggi pasti ditagih oleh para peminat buat skuad kebangsaan.

Advertisements

Malaysia akan membuka tirai di Piala Asia pada 16 Januari 2024 berdepan Jordan pada jam 1:30 pagi di Stadium Al-Janoub.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram