Aksi Piala Malaysia Kini Ditangguhkan

Hakim Johari
@hakim
6:05pm 09/11/2020

Menurut sidang media Menteri Kanan (Keselamatan) hari ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa saingan Piala Malaysia terpaksa ditangguhkan.

Sidang media PKPB hari ini

Keputusan ini diambil setelah bermesyuarat dengan Kementerian Belia dan Sukan. Hal ini kerana seluruh semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut beliau, aktiviti bolasepak melibatkan sentuhan fizikal dan keadaan pemain yang berpeluh meningkatkan lagi risiko berlakunya jangkitan Covid-19.

Pasukan yang menyertai Piala Malaysia 2020 juga perlu merentas negeri untuk aksi suku akhir yang menyukarkan lagi keadaan buat mereka kerana PKPB akan dilaksanakan bermula 9 November.

Nampaknya rakyat Malaysia perlu menunggu sekali lagi sehingga sebarang maklumat berkenaan aktiviti bola sepak kembali dibenarkan.