Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyatakan sebab memilih Peter Cklamovski sebagai pengendali baharu Harimau Malaya.
Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi yang menaklumkan bahawa pencarian jurulatih terbaik buat Harimau Malaya telah dilakukan sejak sekian lama.
Baru-baru ini, bekas pengendali FC Tokyo itu diumum selaku jurulatih baharu Malaysia dalam misi bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2027.
“Perancangan untuk mengumumkan barisan kejurulatihan baharu sudah dirancang sejak 5-6 bulan lepas iaitu menjelang hujung tahun. l
“Bila kita dah ada satu persefahaman tentang barisan kejurulatihan baharu, tak ada isu bila kita nak umumkan,” katanya ketika ditemui di Sofitel hari ini.
Beliau juga yakin FAM meletakkan kepercayaan yang tinggi untuk melihat pasukan kebangsaan menampilkan aksi yang lebih baik.
“Saya lihat dengan adanya barisan kejurulatihan baharu ini selari dengan F:30 dan membantunya untuk menjadi lebih baik, tak akan lebih buruk berbanding sebelum ini.
FAM berharap agar rakyat Malaysia dapat memberi kepercayaan kepada Cklamovski untuk membantu pasukan kebangsaan.
“Saya fikir siapa pun jurulatih, pemilihan telah melalui proses yang panjang dan mengambil semua faktor. Pemilihan kali ini terbaik dan saya harap beliau diberi peluang.
“Saya harap semua dapat memberikan sokongan kepadanya kerana beliau telah dipilih,” tambah Yusoff Mahadi.
Ujian penting Harimau Malaya adalah aksi Kelayakan Piala Asia 2027 pada Mac 2025.