Alex Ferguson Kongsikan 5 Tips Pengurusan Yang Membawa Kejayaan di Manchester United
Dunia
Manchester United
Advertisements

Dalam satu wawancara eksklusif Manchester United berjudul Inside View: Cristiano and Sir Alex reunited yang diterbitkan di laman rasmi kelab berkenaan, terdapat beberapa perbincangan menarik dua lagenda berkenaan dan secara tidak langsung Alex Ferguson berkongsi beberapa tips yang diguna pakai semasa beliau menjadi pengurus Manchester United.

Buatkan staf rasa dihargai sebagai seorang manusia

Ferguson menjelaskan, ucapan bertanya khabar dan menyebut nama staf amat penting dalam urusan setiap harinya di kelab. “Hai, apa khabar? Bagaimana dengan keluarga kamu hari ini?”.

Ucapan-ucapan ini membuatkan pekerjanya faham bahawa beliau ambil peduli berkenaan mereka.

Advertisements

Menunaikan janji

Menurut Cristiano Ronaldo, apa-apa sahaja yang Ferguson katakan, beliau akan menunaikannya dan ia membuatkan seluruh pekerja organisasi ini menghormati pengurus dari Scotland ini.

Memupuk keyakinan dan kepercayaan antara satu sama lain

Ferguson menjelaskankan pintunya sentiasa terbuka tidak kira waktu kepada semua pekerjanya termasuklah penjaga padang.

Mereka boleh masuk dan berkongsi apa-apa sahaja masalah dan secara tidak langsung, Ferguson menjadi seorang pemimpin yang disegani oleh semua pekerjanya.

Advertisements

Beliau turut menjelaskan perkara ini amat penting dan barisan pekerja akan setia bersamanya disebabkan perkara ini.

Komunikasi dua hala terbuka

Ferguson mementingkan komunikasi dalam bidang pengurusannya dan apa-apa perkara sekalipun haruslah berlaku komunikasi.

Menurutnya kadang-kala keyakinan para pemain mula menurun dalam keadaan tertentu dan beliau tidak akan membenarkan perkara tersebut terjadi menggunakan komunikasi berkesan.

Advertisements

Benarkan stafnya bercuti tidak kira apa punca sekalipun

Selepas Cristiano Ronaldo menceritakan kisah beliau meminta cuti kerana ayahnya sakit, Alex Ferguson lantas menyambung bicaranya dan menjelaskan beliau belajar perkara ini ketika salah seorang stafnya meminta cuti pada hari jumaat.

“Bos, boleh saya cuti hari Jumaat?” Lalu Ferguson bertanya mengapa.

Dia menjawab, “Ibu saya meninggal dunia.”

Advertisements

Ferguson terkejut dan sejak dari itu beliau sentiasa membenarkan stafnya bercuti apabila mereka memerlukannya.

“Ada perkara yang lebih besar berbanding sebuah kelab bola sepak dan keluarga adalah salah satu darinya.”

….

Dalam wawancara ini juga Cristiano Ronaldo dengan spontan memaklumkan kepada Ferguson bahawa mungkin beliau tidak akan bersara sebagai seorang jurulatih bola sepak dan sukar untuk Ronaldo memberitahu mengapa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram