Alfred Riedl Meninggal Dunia
Dunia
Advertisements

Jurulatih dari Austria yang tidak asing lagi buat rantau Asia Tenggara, Alfred Riedl yang sebelum ini merupakan jurulatih pasukan bola sepak Indonesia meninggal dunia pada hari Isnin.

Riedl memainkan peranan yang besar kepada pasukan Indonesia sebelum ini di mana beliau membantu pasukan tersebut mara ke perlawanan akhir Piala AFF sebanyak dua kali pada tahun 2010 dan 2016.

Riedl sebelum ini hampir menguruskan pasukan di Liga Utama Indonesia, Persebaya Surabaya pada tahun ini namun beliau terpaksa membatalkan hasratnya disebabkan oleh faktor kesihatan yang semakin merosot.

Advertisements

Peranan Riedl dalam meningkatkan kualiti bola sepak di rantau Asia Tenggara amat besar terutamanya buat negara Vietnam, Indonesia dan Laos.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram