Beregu muda Malaysia, Kang Khai Xing dan Aaron Tai mencipta kejutan dalam pusingan pertama All England 2026.
Ini kerana beregu lelaki ke-33 dunia itu mengejutkan bekas juara Asia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.
Meskipun berstatus beregu bukan pilihan, Khai Xing-Aaron menunjukkan permainan pantas di atas gelanggang dan tidak gentar dengan pihak lawan.
Ini terbukti apabila mereka berjaya menewaskan Rankireddy-Shetty dalam set pertama dengan keputusan 23-21.
Rentak tersebut diteruskan Khai Xing-Aaron dalam set kedua. Rentak beregu negara itu sukar disaingi Rankireddy-Shetty sebelum tewas dengan keputusan 21-12.
Khai Xing-Aaron kini berdepan satu lagi beregu hebat dari China, Chen Bo Yang dan Liu Yi di pusingan kedua.
Bo Yang-Liu Yi mara selepas menyingkirkan beregu Chinese Taipei, He Zhi-wei dan Huang Jui-hsuan dengan keputusan 21-12, 21-12.
Sekiranya berjaya melepasi beregu ke-11 dunia itu, Khai Xing-Aaron berpeluang bertemu satu lagi wakil negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei atau wakil Indonesia, Rian Ardianto-Rahmat Hidayat di suku akhir.