All England: Lee Zii Jia Gah Singkirkan Kodai Naraoka
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya mara ke pusingan kedua All England Open Championship 2024.

Anak jati Alor Setar, Kedah itu berjaya mara selepas menyingkirkan pemain pilihan keenam dari Jepun, Kodai Naraoka.

Kemenangan ini amat bermakna buat beliau selepas tiga kali tewas kepada Naraoka dalam empat pertemuan sebelum ini.

Advertisements

Kali terakhir kedua-duanya bertemu ialah di peringkat suku akhir India Open 2024. Perlawanan tersebut menyaksikan Zii Jia terpaksa akur dengan kehebatan Naraoka dengan keputusan 13-21, 21-9, 21-16.

Set pertama menyaksikan juara Arctic Open 2023 itu mempamerkan aksi dominan awal dengan mendahului pada kedudukan 11-5. Bagaimanapun, juara China Masters 2023 itu berjaya mengejar dan mengikat kedudukan 11-11.

Advertisements

Zii Jia berjaya kekal tenang dan mendominasi baki set pertama sebelum menang dengan keputusan 21-12.

Set kedua menyaksikan kedua-dua pemain bersaing mendapatkan mata tetapi Zii Jia lebih awal mendahului pada kedudukan 11-5.

Advertisements

Meskipun Naraoka cuba merapatkan kedudukan mata, pemain nombor 10 dunia itu mengesahkan kemaraan dengan keputusan 21-19.

Pemenang perlawanan hari ini bakal berdepan juara dunia perseorangan lelaki 2021 dari Singapura, Loh Kean Yew di pusingan kedua esok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram