All England: Perjuangan Hebat Pearly Tan-M. Thinaah Dihentikan Oleh Regu Jepun
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Hasrat beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah untuk mara ke separuh akhir All England Open Championship 2024 tidak kesampaian.

Ini selepas mereka ditewaskan oleh regu nombor 11 dunia dari Jepun, Rena Miyaura dan Ayako Sakuramoto di pentas suku akhir.

Rekod pertemuan antara kedua-dua regu dianggap seimbang dengan masing-masing meraih satu kemenangan.

Advertisements

Kali terakhir Pearly-Thinaah berdepan Miyaura-Sakuramoto ialah kejohanan Japan Masters 2023 yang berlangsung beberapa bulan lalu.

Set pertama menyaksikan Pearly-Thinaah tidak menghadapi masalah untuk meraih kemenangan dengan keputusan 21-11.

Set kedua menyaksikan Miyaura-Sakuramoto meraih kelebihan awal dengan mendahului pada kedudukan 7-5.

Advertisements

Pearly-Thinaah kemudiannya berjaya mengejar sebelum mendahului pada kedudukan 13-10. Bagaimanapun, beberapa kesilapan yang dilakukan regu negara membenarkan juara Orleans Masters 2023 itu memintas sebelum menang dengan keputusan 21-18.

Set ketiga menyaksikan kesilapan demi kesilapan yang dilakukan Pearly-Thinaah membuka ruang kepada Miyaura-Sakuramoto untuk mendahului pada kedudukan 11-8.

Meskipun Sakuramoto mengalami sedikit kecederaan di bahagian betis, itu tidak menghalang regu Jepun itu daripada meraih kemenangan 21-18.

Advertisements

Miyaura-Sakuramoto bakal menanti pemenang antara regu Thailand, Benyapa dan Nuntakarn Aimsaard atau rakan senegara, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida di separuh akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram