Allee Putra Terbuka Kembali Semula Ke Eropah
MakanBola
TRW Kelantan FC
Sponsors

Pemain muda Kelantan FC, Allee Putra Azril mengakui bersedia menimbang tawaran kembali ke Eropah sekiranya mendapat tawaran daripada kelab-kelab yang berminat.

Allee menyertai skuad The Red Warriors itu dalam tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) musim 2023.

Ad
Sponsors

Sejak itu, beliau telah membuat 11 penampilan untuk Kelantan dalam semua kejohanan termasuk Liga Super.

Ad

Dengan kontraknya bakal tamat pada akhir bulan ini, Allee mahu melihat apa yang ditawarkan kepadanya terlebih dahulu sebelum sebarang kata putus dibuat.

“Ya, kontrak saya dengan pasukan (Kelantan) akan berakhir pada Disember ini. Saya akan fokus untuk habiskan satu lagi perlawanan.

Ad

“Insya Allah, Januari ini, kalau ada kesempatan saya akan ke Sepanyol atau Eropahlah Insya Allah,” katanya kepada MakanBola selepas tamat perlawanan PDRM FC-Kelantan baru-baru ini.

Ad

Allee juga tidak menolak sekiranya menerima tawaran daripada mana-mana pasukan Liga Super.

Selagi mana tawaran tersebut bersifat munasabah buat dirinya, pemain tengah berusia 18 tahun itu bersedia untuk kekal di Malaysia.

“Tetapi bergantung juga pada keadaan semasa. Ataupun kalau ada pasukan-pasukan yang buat tawaran yang munasabah untuk saya kekal (di Malaysia), Insya Allah saya akan kekal,” tambahnya lagi.

Allee kini fokus membantu The Red Warriors mengharungi aksi terakhir liga menentang Kelantan United FC di Kota Bharu esok.