Amri Yahyah Buktikan Otak, Mata Dan Kakinya Bergerak Seiring
Blog
Twitter; @MFL_MY
Advertisements

Persembahan memukau otai Liga Super, Amri Yahyah terus mencuri tumpuan sungguhpun tidak lagi menjadi fenomena seperti dulu-dulu. Sungguhpun hasrat pasukan Sabah FC melakar kemenangan pada aksi Liga Super ke-17 tidak kesampaian selepas seri 1-1 kepada Kuala Lumpur City FC. 

Aksi bekas bintang Selangor ini sememangnya sentiasa menyajikan elemen-elemen yang menerujakan, tatkala ramai pemain seusia dengannya sudah menamatkan karier, beliau masih gah untuk membantu pasukan dan bakat-bakat muda tempatan.

Pada aksi di Stadium Likas semalam, KL City FC berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-27 perlawanan. Pasukan pelawat mendahului hasil gol sendiri daripada pemain pertahanan Sabah FC, Randy Baruh. 

Advertisements

Aksi separuh masa pertama melihatkan kedua-dua pasukan berjaya mempamerkan corak permainan berkualiti dan menunjukkan disiplin yang tinggi dalam perlawanan agar tidak mudah dimanfaatkan oleh pasukan lawan.

Menjelang babak separuh masa kedua, KL City FC tampak lebih yakin dalam mendominasi permainan apabila gerakan-gerakan kreatif daripada pemain tengah KL City FC membuka peluang kepada penyerang mereka menghasilkan percubaan. Namun ketangkasan penjaga gol Sabah FC, Rozaimi Rohim menggagalkan hasrat KL City FC untuk menambah gol. 

Pemain sayap Sabah FC, Amri Yahyah sekali lagi mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air apabila taktik ‘Offside Trap’ beliau sekali lagi mengagalkan gol lawan. Pada minit ke-58, KL City FC dihadiahkan sepakan percuma apabila kapten pasukan mereka, Paulo Josue dijatuhkan. Hasrat KL City FC untuk melebarkan jurang gol tidak kesampaian apabila jaringan sepakan percuma yang diambil Paulo Josue dibatalkan pengadil. 

Advertisements

Amri, 40, yang turut melakukan tindakan yang sama 4 hari lalu, kini membuktikan bahawa persembahannya adalah hasil daripada kekuatan memahami perlawanan di samping mempunyai kepantasan untuk bertindak menyebabkan aksi pemain ini sering menjadi mimpi ngeri buat lawan.

Dalam situasi tersebut, penjaga garisan berjaya menghidu tindakan Amri Yahyah yang meletakkan pemain pertahanan KL City FC,  Gallifuoco berada dalam kedudukan offside. Gallifuoco ketika itu menyangka bahawa dia berada pada kedudukan ‘onside’ apabila Amri Yahyah berdiri bersebelahan penjaga gol Sabah FC. Malangnya apabila Paulo Josue berlari sebelum sepakan leretnya dilepaskan, Amri pantas naik ke hadapan untuk memerangkap kedudukan Gallifuoco dalam situasi offside. 

Pada aksi sebelum ini ketika bertemu Terengganu FC, pemain berpengalaman ini membuat helah yang sama. Taktik ‘scam’ Amri itu menyebabkan pasukan lawan hilang mata. Pemain kelahiran tanjung karang ini juga menunjukkan aksi yang cukup berdisiplin, sambil menegaskan prestasi yang sedang ditampilkannya hasil daripada kesungguhan yang ditunjukkan untuk memastikan beliau terpilih untuk membarisi kesebelasan utama pasukan kendalian Kurniawan Dwi Yulianto itu. Bahkan, Amri sentiasa memainkan watak penting untuk menjayakan misi pasukan tersebut. 

Advertisements

Kem tuan rumah akhirnya memecahkan kebuntuan pada minit ke-65 selepas sepakan percuma cantik Levy Madinda berjaya menewaskan penjaga gol KL City FC, Kevin Ray Mendoza. 

Sabah FC cuba melakar kebangkitan menerusi beberapa percubaan, namun digagalkan pasukan pelawat. Hasrat tuan rumah untuk memperoleh gol kemenangan di hujung permainan tidak kesampaian apabila pengadil meniupkan wisel penamat. Perlawanan itu berkesudahan seri 1-1.

Dan kini terbukti mata, otak dan badan Amri Yahya bergerak seiring lantas wajar digelar sebagai genius walalupun sudah berumur.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram