Bicycle Kick Lagenda ‘Sebenar’ Amri Yahyah Curi Tumpuan
TV
Advertisements

Penyerang senior pasukan Sabah FC, Mohd. Amri bin Yahyah sekali lagi mencuri tumpuan para peminat bola sepak tempatan apabila melakukan aksi akrobatik dalam aksi ke 15 saingan Liga Super Malaysia 2021 semalam. Pemain yang mesra disapa Wak Am itu berjaya menjadi watak penting untuk membantu Sabah FC mengikat Sri Pahang FC semalam selepas kedua-dua pasukan hanya berkongsi satu mata. 

Percubaan Amri pada minit ke-50 perlawanan berjaya mencuri tumpuan peminat sukan bola sepak tanah air apabila melalui percubaan sepakan guntingnya namun kurang bernasib baik apabila ianya terkena tiang. 

Sebelum ini, pemain veteran itu turut menjadi bualan ramai apabila beliau berjaya menjaringkan dua gol cantik melalui tandukan flick dan voli. Dua gol itu terhasil ketika pasukan Sabah FC menewaskan pasukan Melaka United 3-1 dalam saingan Liga Super Malaysia.

Advertisements

Pemain kelahiran Tanjung Karang ini sememangnya terkenal dengan sistem latihan yang berdisiplin dan berkualiti, selain menjaga rutin pemakanan harian sebagai salah satu kunci kepada konsistensi permainan yang ditunjukkan olehnya dalam setiap perlawanan musim ini. Ketika ditanya, Amri berkongsi prinsipnya yang sentiasa dengar cakap jurulatih, membolehkan beliau tampil dengan cukup selesa di atas padang.

Pemain yang berusia 40 tahun ini telah berjaya membantu Sabah FC dengan meledak sebanyak empat gol dalam 15 aksi perlawanan liga setakat ini. Jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto pastinya akan terus memberi kepercayaan dan menagih bisa Amri dalam baki saingan perlawanan buat pasukan Sabah FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram