Amri Yahyah: Dengar Cakap Jurulatih, Usaha Dan Main Betul-Betul Bukan Main-Main
Blog
Advertisements

Penyerang senior pasukan Sabah Fc, Mohd. Amri bin Yahyah optimis untuk membantu Sabah Fc mencapai semula era kegemilangannya dan percaya dengan barisan pemain dan staf kejurulatihan pasukan di bawah bayu itu untuk membentuk gandingan terbaik dalam saingan Liga Super.

Pemain berusia 40 tahun itu kini sedang menikmati prestasi terbaik apabila telah berjaya menjaringkan 4 gol hanya dalam 3 perlawanan sekaligus membantu pasukan Sabah mendaki ke tangga ke-7 dalam saingan Liga Super musim ini.

Pemain kelahiran Tanjung Karang ini juga menegaskan bahawa keghairahannya untuk bermain bola sepak masih lagi tinggi sungguhpun sudah dua dekad berkecimpung dalam dunia bola sepak. Beliau juga turut menyatakan bahawa ianya bukanlah satu tugas yang mudah untuknya sampai ke tahap seperti ini setelah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang lebih 20 tahun sebagai pemain bola sepak profesional.

Advertisements

Beliau menjelaskan bahawa kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya membuatkan semangatnya membara untuk membuktikan bahawa beliau masih relevan untuk berada dalam percaturan jurulatih serta mampu untuk beraksi di peringkat tertinggi. Selagi kudratnya gagah untuk beraksi maka beliau akan terus melakukan yang terbaik demi lencana di dada.

Selain itu, bekas bintang prolifik pasukan Selangor ini turut menyatakan hasratnya untuk membantu pemain-pemain muda tempatan mencapai potensi sebenar mereka agar dapat menemui rentak cemerlang untuk terus membantu memperkuatkan jentera pasukan kebangsaan.

Amri memberitahu bahawa kejayaan di peringkat domestik tidaklah menjadi buruannya disebabkan beliau telah pun merangkulnya sejak bergelar pemain namun impian untuk membimbing permata baharu bola sepak Malaysia membuatkan langkahnya terus mara.

Advertisements

Dengan baki saingan Liga Super akan disambung semula pada hari Sabtu ini, aksi Amri Yahya pastinya dinanti-nanti oleh seluruh penyokong Sabah untuk terus membantu pasukan kendalian Kurniawan Dwi Yulianto untuk terus mencatat kemenangan baki membolehkan pasukan tersebut menamatkan saingan liga pada kedudukan selayaknya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram