fbpx

Taktik ‘Scam’ Terlalu Sempurna, Amri Yahyah Punca Lawan Hilang Mata

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Perlawanan Liga Super ke-16 melibatkan pertembungan pasukan di tangga kedua iaitu Terengganu FC dan Sabah FC berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 0-0 sekaligus berkongsi mata di Gong Badak.

Kedua-dua pasukan mempunyai percaturan tersendiri dalam usaha untuk meraih kemenangan dengan serangan bertali arus dilancarkan dalam usaha untuk menembusi gawang gol yang dikawal rapi oleh penjaga gol yang agak sibuk mengawal keadaan.

Sungguhpun terdapat beberapa percubaan dan serangan berbahaya yang dilakukan oleh pasukan tuan rumah terutamanya yang melibatkan kelincahan trio serangan yang diketuai oleh David Da Silva, Terengganu dilihat sukar memanfaatkan peluang terhidang apabila gagal menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan semalam.

Momen terbaik dalam perlawanan itu hadir apabila pasukan kendalian Nafuzi Zain memperoleh sepakan percuma pada akhir perlawanan apabila larian yang dilakukan oleh Nik Akif Syahiran dihalang oleh pemain pertahanan Sabah yang ingin menghentikan sebarang percubaan ke arah gawang gol mereka.

Dalam situasi tersebut, Rahmat Makasuf melihat peluang yang terhidang apabila kehadiran Amri Yahyah membuatkan keadaan dalam kotak penalti menjadi ‘onside’ buatnya. Sungguhpun begitu, apabila larian sedang dilakukan oleh David Da Silva sebelum sepakan kencang dilepaskan , Amri yang sarat dengan pengalaman bergerak dengan pantas ke hadapan untuk memerangkap kedudukan Rahmat dalam situasi offside.

Walaupun sepakan percuma kapten pasukan Terengganu itu berjaya menembusi gawang gol Sabah, penjaga garisan berjaya menghidu tindakan Amri yang meletakkan Rahmat dalam situasi offside. Ini sekaligus membatalkan satu-satunya jaringan yang diperoleh pasukan tuan rumah pada perlawanan tersebut.

Amri yang dikenali sebagai seorang pemain yang bijak di atas padang selain mampu untuk melaksanakan percaturan jurulatih dengan baik dilihat sukar dibaca oleh pemain pasukan lawan. Beliau yang cukup berpengalaman dalam mendepani situasi genting dilihat sangat tenang mengawal situasi walaupun ketika sepakan percuma tersebut singgah di gawang gol pasukannya.

Ini sememangnya memberi tamparan yang sangat hebat kepada pasukan Terengganu yang mensia-siakan sekali lagi peluang terbaik untuk terus menghambat pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila ketinggalan 8 mata setelah gagal mencapai kemenangan dalam 2 perlawanan terakhir mereka. Mereka juga berpotensi untuk dipintas pasukan Kedah yang mempunyai 3 perlawanan dalam tangan sambil dipisahkan hanya dengan 5 mata.

Lihat aksi sepakan percuma dan kecerdikan Wak Am yang melampau-lampau.

© MakanBola Media – All Rights Reserved