Anak Ivan Perisic Pujuk Neymar
Piala Dunia
@geglobo
Advertisements

Ramai pemain Brazil termasuk bintang PSG, Neymar kecewa selepas Selecao tersingkir di tangan Croatia dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia 2022 semalam. Tetapi tiada siapa menyangka, kelibat anak pemain sayap Spurs Ivan Perisic pasca-perlawanan menceriakan kembali bekas pemain Barcelona itu.

Selepas tamat perlawanan, sesetengah pemain Croatia termasuk kapten Luka Modric memujuk dan menenangkan rakan-rakan sepasukan kelab mereka dari Brazil. Tatkala itu berlaku, anak Perisic, Leonardo, 10, berlari ke tengah padang bagi mendapatkan Neymar yang sedang ditenangkan oleh bek kanan veteran Dani Alves.

Pegawai keselamatan Brazil cuba menghalang Leo daripada mendekati bekas penyerang Santos itu. Tetapi sebaik menyedari yang cuba mendekatinya ialah kanak-kanak yang memakai kit jersi Croatia, Neymar meminta pegawai keselamatan membenarkan Leo mendekatinya. Anak sulung bekas pemain Inter Milan itu kemudian memujuk Neymar sebelum dipeluk bekas penyerang Barcelona itu. Neymar kemudiannya mengusap rambut Leo sebelum dia kembali semula kepada bapanya.

Advertisements

Sebelum itu, Perisic juga turut menenangkan Neymar selepas tamat penentuan penalti Brazil-Croatia. Tindakan puteranya itu sedikit sebanyak menceriakan penyerang Brazil berkenaan sekaligus menjadikan insiden tersebut tular di laman media sosial.

Croatia mara ke separuh akhir selepas menewaskan Selecao 3-1 dengan Dominik Livakovic menafikan penalti Rodrygo dan Marquinhos. Vatreni seterusnya bakal bersemuka dengan Argentina pada awal pagi 14 Disember bagi menentukan pasukan mana layak ke final.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram