Anak Lagenda England Berpeluang Perkuat Harimau Malaya
Harimau Malaya
FA England
Advertisements

Anak lagenda bola sepak England, Paul Ince iaitu Thomas Paul Ince atau Tom Ince berpeluang memperkuatkan skuad kebangsaan Malaysia selepas dikesan mempunyai darah keturunan Malaysia.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh laman pencari bakat pemain warisan Malaysia, Frfuturetalents dalam satu hantaran di laman Instagram.

Tom Ince, 32 tahun dikatakan mempunyai darah keturunan Malaysia melalui datuk sebelah ibunya yang berasal dari Malaysia. Pemain Watford itu juga mempunyai keturunan Barbados melalui bapanya.

Advertisements

“Tom Ince dilahirkan di Stockport, England. Tom Ince mempunyai akar Malaysia melalui datuk sebelah ibunya. Datuk sebelah ibu Ince berasal dari Malaysia. Tom Ince juga mempunyai keturunan Barbados melalui sebelah bapanya,” dedah Frfuturetalents di laman Instagram.

Tom Ince bukanlah nama yang asing bagi bola sepak England. Beliau pernah menyarung jersi kebangsaan England untuk kategori umur Bawah 21 Tahun suatu ketika dahulu.

Advertisements

Dengan kemampuan beraksi di bahagian sayap kanan, kehadiran Tom Ince ke Harimau Malaya sudah pasti akan memberikan variasi pilihan kepada pengendali, Kim Pan-gon yang sebelum ini terlalu bergantung harap kepada kudrat Arif Aiman di posisi tersebut.

Untuk rekod, Tom Ince telah beraksi dalam 27 perlawanan bersama Watford musim ini dalam Liga Kejuaraan dengan merekodkan 2 jaringan selain turut menyumbang dua bantuan gol.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram