Malaysia bakal berhadapan dengan Korea Selatan dalam aksi pelengkap jadual Kumpulan E sebelum mengakhiri kempen Piala Asia 2023.
Sebarang keputusan dalam perlawanan ini tidak akan mengubah nasib pasukan skuad kebangsaan apabila tewas dalam dia aksi terdahulu menentang Jordan dan Bahrain, sekaligus menutup ruang untuk Malaysia lolos ke pusingan 16 pasukan terbaik dalam kejohanan ini.
Slot ke pusingan 16 terakhir daripada Kumpulan E masih terbuka luas buat 3 pasukan yang lain, dengan carta liga kini dipimpin oleh Jordan dengan 4 mata, diikuti oleh Korea Selatan dengan kutipan mata yang sama, hanya dipisahkan dengan kelebihan jaringan gol.
Bahrain pula kini berada di kedudukan ketiga dengan kutipan 3 mata.
Sudah pasti, perlawanan terakhir akan menjadi penentu kepada nasib 3 pasukan tersebut untuk mengesahkan slot ke pusingan kalah mati, dan semestinya Korea Selatan akan mensasarkan jumlah jaringan gol yang tinggi ke atas Malaysia bagi memintas Jordan untuk mengungguli Kumpulan E.
Dalam analisis kali ini, kami akan merungkai trend permainan Korea Selatan yang berpotensi untuk dilaksanakan ketika perlawanan menentang Malaysia dengan mengaplikasikan taburan data yang terhasil daripada 2 perlawanan awal mereka ketika menentang Bahrain dan Jordan dalam kempen Piala Asia 2023.
Baca lain: Kegagalan ‘Individual Defending’ menentang Bahrain
Awasi ancaman duo penyerang Korea Selatan
Korea Selatan telah mencatatkan purata peratusan peluang jaringan gol (Xg) sebanyak 2.45xG yang berjaya dicatatkan mereka dalam 2 perlawanan terdahulu menentang Bahrain dan Jordan.
Statistik di atas menunjukkan catatan xG Korea Selatan ketika perlawanan menentang Bahrain, dengan mereka mencatatkan 1.84xG. Peratusan xG ini disumbangkan oleh 2 penyerang mereka, iaitu Cho Gue-Sung dan Son Heung-Min yang masing-masing mencatatkan 0.56xG dan 0.46xG dalam perlawanan ini.
Statistik di atas pula menunjukkan bacaan xG Korea Selatan ketika bertemu Bahrain, dengan mereka berjaya mencatatkan bacaan xG sebanyak 3.06.
Cho Gue-Sung dan Son Heung-Min sekali lagi menjadi nadi penting dalam mencipta peluang jaringan gol pasukan mereka, apabila masing-masing mencatatkan bacaan xG sebanyak 0.58 dan 1.06.
Kombinasi dua penyerang Korea Selatan tersebut yang dilaksanakan menerusi sistem 4-4-2 wajar diberikan perhatian oleh barisan pertahanan negara dalam mengekang asakan hebat pasukan lawan dalam perlawanan akan datang.
Nadi serangan Korea Selatan berasaskan permainan secara dominasi penguasaan bola
Korea Selatan cenderung untuk menguasai permainan dengan mendominasi penguasaan bola bagi membantu mereka untuk menggerakkan permainan daripada ‘defending third’ ke ‘attacking third’ dengan lebih tersusun dan teratur.
Mereka telah mencatatkan purata penguasaan bola sebanyak 65 peratus dalam dua perlawanan terdahulu, sekaligus menunjukkan kepada kita bagaimana mereka cuba untuk mencipta ‘superiority’ ke atas pasukan lawan bagi memimpin perlawanan.
Penguasaan bola ini turut disokong oleh kualiti teknikal yang dimiliki oleh pemain mereka, tatkala mereka berupaya untuk memastikan hantaran-hantaran (circulations) dilakukan dengan tepat.
Ini sekaligus mendorong kepada catatan peratusan ketepatan hantaran (Pass accuracy, %) yang tinggi, dengan Taeguk Warriors telah mencatatkan purata ‘passing accuracy’ sebanyak 89 peratus dalam dua perlawanan terakhir mereka dalam kempen Piala Asia 2023.
Keberkesanan Korea Selatan dalam aspek mendominasi penguasaan bola serta ketepatan hantaran yang tinggi membolehkan mereka untuk menggerakkan serangan menerusi hantaran-hantaran pendek, di mana ianya boleh disokong oleh data ‘Long pass share, %).
Semakin tinggi peratusan ‘long pass sahre’ tersebut, semakin cenderung sesebuah pasukan untuk bermain dengan hantaran-hantaran jauh dan sebaliknya.
Korea Selatan telah mencatatkan purata ‘long pass share’ sebanyak 5.5%, sekaligus menunjukkan trend permainan mereka yang dibina berasaskan permainan secara pengedaran bola (circulations) yang efektif.
Anda boleh merujuk kepada taburan data di bawah ini bagi menunjukkan trend Korea Selatan dalam aspek penguasaan bola, ketepatan hantaran, serta permainan berasaskan hantaran-hantaran pendek yang dicatatkan dalam 2 perlawanan terdahulu menentang Bahrain dan jordan.
Bahagian kanan Malaysia dijangka bakal menjadi sasaran Korea Selatan
Berdasarkan 2 perlawanan terakhir, Korea Selatan dilihat cenderung untuk melakukan ‘overloading’, di mana pemain kreatif mereka, Hwang In-Beom kerap melakukan tugasan ‘roaming’ bagi mencipta situasi ‘numercial superiorities’ (kelebihan dalam jumlah pemain) di bahagian kanan pasukan lawan.
Son Heung-Min juga aktif beroperasi di zon tersebut, sekaligus menuntut penumpuan, disiplin serta komunikasi yang tinggi terhadap barisan pertahanan Malaysia bagi mengekang ancaman pihak alwan.
Menerusi data ‘average positioning’ di atas, Korea Selatan dilihat cenderung untuk menguasai kawasan kanan pasukan lawan ketika perlawanan menentang Jordan tempoh hari.
‘Overloading’ di kawasan tersebut dilihat menjadikan gerakan serangan Korea Selatan lebih dinamik menerusi kebolehan pemain-pemain mereka yang kreatif serta berteknikal tinggi seperti Hwang In-Beom dan Son Heung-Min berupaya untuk memecahkan kedegilan blok pertahanan lawan menerusi ‘fluidity’ permainan yang ditawarkan oleh mereka.
Gambar di atas merupakan antara contoh ‘overloading’ yang dilakukan oleh pasukan Korea Selatan ke atas pasukan lawan. Mereka mencipta situasi 4 lawan 3 di bahagian kanan lawan.
Jeong Woo-Yeong melepaskan hantaran kepada Hwang In-Beom sebelum menyerang ruang di antara garisan Jordan.
Situasi ini mencipta situasi decisional dilemma ke atas pemain pertahanan Jordan yang teragak-agak dalam melakukan keputusan untuk membuat marking ekoran situasi dua lawan satu yang dicipta Jeong Woo-Yeong bersama Son Heung-Min.
Pemain pertahanan Jordan memilih untuk kekal di posisi bertahannya sekaligus membolehkan kombinasi permainan berlaku di anatara Son Heung-Min dan Jeong Woo-Yeong
Situasi ini membolehkan Jeong Woo-Yeong untuk melepaskan percubaan.
Ini adalah satu lagi contoh sama yang berlaku dalam perlawanan ini. Korea Selatan melakukan ‘overloading’ di kawasan kanan pasukan Jordan.
Son Heung-Min menyerang space in between the lines bagi mencipta situasi decisional dilemma yang diterangkan sebelum ini.
Sekaligus membolehkan kombinasi permainan pantas dilakukan Korea Selatan.
Keadaan ini meletakkan penyerang pasukan, Son heung-Min untuk berada di zon serangan merbahaya.
Ancaman ‘overload to isolat’ Korea Selatan
Tindakan ‘overloading’ ini turut membolehkan Korea Selatan untuk menukar fokal serangan mereka ke arah sudut yang bertentangan menerusi ‘switching play’ yang pantas.
‘Switch Play’ ini berpotensi untuk mencipta bukaan ruang di antara pemain lawan ketika mereka membetulkan garisan pertahanan mereka mengikut arah pergerakan bola serta pemain lawan dan rakan sepasukan.
Bukaan ruang ini membolehkan Korea Selatan untuk mencipta situasi ‘superiorities’ ke atas pasukan lawan dengan lebih efektif.
Menerusi gambar di atas, Korea Selatan dilihat sedang melakukan ‘overloading’ di bahagian kanan pasukan lawan.
Sebelum mereka menukar fokal serangan ke sudut bertentangan, sekaligus mencipta situasi dua lawan satu ke atas pemain lawan.
Ini pula merupakan variasi kepada konsep ‘overloading’ yang dilakukan Korea Selatan, di mana mereka mengekalkan konsep serta prinsip yang sama ketika mengerumuni kawasan kiri pasukan lawan.
Sebelum mereka mengubah fokal serangan ke sudut bertentangan, sekaligus mencipta situasi 3 lawan 2 ke atas pemain lawan.
Keadaan ini meletakkan Korea Selatan di kedudukan serangan yang merbahaya.
Kawal ketat Maestro Korea Selatan, Hwang In-Beom
Sumber kreatif pasukan Korea Selatan adalah berpaksikan kepada pemain ‘pivot’ mereka, iaitu Hwang In-Beom yang memakai jersi nombor 6.
Ketenangan serta visi permainannya yang kreatif akan membawa nilai tambah buat Korea Selatan ketika mereka merencana gerakan serangan pasukan.
Hwang In-Beom turut menjadi pemain sasaran rakan sepasukannya untuk dijadikan opsyen hantaran utama. Situasi ini turut disokong oleh data ‘passing networks’ yang menunjukkan kepentingan Hwang In-Beom sebagai ‘pivot’ pasukan.
Kepentingan Hwang In-Beom buat pasukan Korea Selatan jelas kelihatan menerusi data ‘passing networks’ di atas, apabila beliau mencatatkan jumlah kombinasi hantaran yang tinggi, sekaligus membuktikan dirinya sebagai antara opsyen hantaran utama buat rakan sepasukan ketika Korea Selatan membina gerakan serangan.
Cabaran getir bakal dihadapi oleh pasukan Harimau Malaya untuk berhadapan dengan Korea Selatan dalam aksi peringkat kumpulan terakhir Piala Asia 2023 ini.
Terdapat jurang serta perbezaan yang tinggi terutamanya dalam aspek teknikal permainan yang memisahkan pasukan negara dengan Korea Selatan yang merupakan antara jaguh di benua Asia.
Fokus utama Malaysia sudah tentu terarah kepada aspek defensif pasukan. Skuad kebangsaan dilihat bergelut dalam mengekalkan ‘cohesion’ pasukan ketika melakukan tugasan bertahan.
Isu ini harus segera diseslesaikan bagi mengelakkan Malaysia dibocori dengan jumlah gol yang besar dalam perlawanan ini.
Sekiranya Harimau Malaya berjaya mencipta kejutan mengikat atau melakar kemenangan ke atas Korea Selatan, sudah pasti ianya akan menjadi penawar paling mujarab bagi mengubati kedukaan jutaan peminat skuad kebangsaan setelah mengharungi kempen Piala Asia 2023 dengan suram.