Angel Acena: Tiba Masa Ucap Selamat Tinggal Buat Keluarga JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Jurulatih kecergasan Johor Darul Ta’zim (JDT), Angel Acena Rodriguez mengucapkan selamat tinggal buat kelab gergasi tanah air itu.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, Angel Acena mengutuskan salam perpisahan buat keluarga besar JDT setelah lebih dua tahun menabur bakti dan mengukir memori bersama.

Ad

“Sudah tiba masa untuk mengucapkan selamat tinggal (atau mungkin jumpa lagi nanti) kepada keluarga JDT, rumah saya selama 2 tahun setengah yang lalu,”

Ad

“Ia merupakan satu perjalanan penuh kejayaan sukan, tetapi yang lebih penting, penuh dengan kenangan yang tak dapat dilupakan dan pertumbuhan peribadi.

Di kesempatan tersebut, Angel menzahirkan ucapan terima kasih untuk Pemilik Kelab JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang terus memberikan inspirasi dan jiwa kepada projek pembangunan kelab.

Ad

“Terima kasih kepada jiwa di sebalik projek ini, Pemilik Kelab JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, tiada satu pun yang akan berlaku tanpa Baginda.“

Ad

“Inspirasi, cita-cita dan visi Baginda buat masa depan benar-benar meresap dalam jiwa kelab ini.”

Ad

Malah, Angel turut berterima kasih kepada 3 individu penting di JDT, Martin Prest, Luis Garcia (Ketua Pegawai Eksekutif) dan juga Kiko Insa (Pengarah Sukan) di atas kepercayaan serta sokongan buat beliau.

“Ucapan terima kasih khas kepada Martín (Prest) dan Luis (Garcia) kerana percaya pada saya sejak awal, serta Kiko (Insa) atas sokongan tahun ini,” kata Angel Acena.

“Saya jarang bercakap soal kehidupan peribadi, tetapi kali ini saya perlu kerana Johor telah memberi saya lebih daripada sekadar pekerjaan. Ia memberi saya detik-detik yang akan saya bawa selamanya.”

Beliau turut mengucapkan terima kasih buat semua jurulatih, para pemain dan rakan sepasukan yang pernah bekerjasama, pasukan perubatan & prestasi serta semua staf kerana telah menjadikan setiap hari begitu bermakna di JDT.

Untuk makluman, Angel Acena tiba di JDT pada penghujung tahun 2022 serta memiliki pengalaman luas sebagai jurulatih kecergasan di beberapa negara seperti di Sepanyol, England, Costa Rica dan Qatar

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments